Unique Frenz

Monday, April 18, 2011

RAHSIA PEMAKAIAN SUSUK

Minggu lepas mama ada terbaca tajuk ni dalam akhbar…dh mula cuak…pehal ni…dok citer pasal susuk..tapi mama bersangka baik le..maybe dia nk tunjukkan pasal keburukan kowt…tapi…tetiba lupa nk baca…dan hari ni telah tersebar dlm fb pasal tajuk tu…terus mama google…dan terjumpalah article yg mama nk baca tu…..

Okeh, sebelum tu..mama mintak maaf banyak2 pada anda2 diluar sana sebab memang kenyataan yg akan mama keluarkan selepas ini adalah kenyataan yg berbaur hentaman…sebabnya…anda sume pom tahukan…adalah jelas di dalam hukum Islam bhw susuk adalah HARAM disisi islam….

Article ini ditulis oleh…..

RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah@utusan.com.my
Foto AMIN FARIJ HASAN
Terima kasih Rawatan Zawil Hayat (019-2135474/012-3706808)

Sedap je nama dia kan…tapi sayang….artikel sebegini yg ditulis…adakah bertujuan utk promosi……???

Jom kita baca artikel yg ditulis….

MUNGKIN ramai yang pernah mendengar kaedah tradisional menyerikan wajah menggunakan susuk.

Sebelum ini kita hanya terfikir susuk menjadi pilihan golongan artis dan kenamaan.

Hurmmm…memang dh sah2 la kan…tapi ramai je yg xmengaku…dan ayat klise dorang…amalkan berwuduk,nanti wajah akan Nampak seri..dan sekiranya hati kita bersih…akan terpancarlah seri diwajah…camni la antara ayat2 dorang neh…ermm…tepuk dada…tanya iman..

Kaedah ini semakin popular di kalangan masyarakat termasuk penuntut universiti, kaum lelaki dan masyarakat Eropah.

Tengok!!! Dh sampai pelajar pom terikut2… Nauzubillah…mintak dijauhkanlah kaum keluarga dari terjebak ngan perkara2 mungkar ni…

Secara umumnya, susuk dianggap warisan nenek moyang. Definisi amalan itu adalah tindakan seseorang memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.

Susuk yang selalu diamalkan adalah susuk logam dan susuk ayat.

Pemakaian susuk bukan sahaja terhad di bahagian wajah, ia boleh dipasang pada alat kelamin. Susuk ketahanan diri juga boleh dipasang bagi tujuan tertentu.

Susuk dikatakan untuk awet muda, kelihatan cantik, mempesona dan kekuatan diri.

Tidakkah ini suatu bentuk promosi wahai adawiyah…..

Menurut seorang bomoh artis, Awang Mohd. Haji Yahya yang lebih dikenali sebagai Pak Awang, susuk menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu dan tidak sesuai menggunakan botox.

Tujuan

Pak Awang memberitahu tidak semua orang sesuai menggunakan botox justeru susuk menjadi alternatif.



Astargfirullah Pak Awang….kesian mama tgk pak awang ni…bersongkok dikepala…ber bin kan haji….tapi benda2 gini yg dilakukan….

Sebelum memakai susuk, seseorang perlu tahu tujuan mereka memilih kaedah itu. Misalnya, Pak Awang tidak menggalakkan orang Islam memilih susuk logam kerana ia jelas haram di sisi agama.

Kata pak awang..perlu tahu tujuan menggunakan…dh sah2 la org yg pakai susuk tu nk cantik…nk dapatkan perhatian…ada ke yg pakai susuk ni..lepas tu dok menyorok kat umah…xde kan!!!!

Pastu…ayat dia tidak menggalakkan memilih susuk logam sebab haram…ayat menggalakkan tu..means…kalau nk pom bolehla..tapi hanya xdigalakkan saje….Sooooo?????

Lagi satu…ada ke susuk yg dibenarkan dlm Islam…setahu mama yg juga cetek ilmu agama ni,xpernah dengar la plak ada susuk yg dibenarkan….

Pemakaian susuk tidak mengambil masa yang lama. Ia boleh dilakukan dalam masa 20 minit untuk susuk logam manakala kurang sejam untuk susuk ayat.

WUTEVE……..

Pemakaian susuk tidak terhad kepada muka tetapi alat sulit wanita dan lelaki seperti kemaluan atau payu dara mengikut jenis susuk yang diingini.

MEMALUKAN…..

Sebelum seseorang itu dipakaikan susuk, syarat dan kesan-kesan pemakaian akan diterangkan.

Biasanya, penerangan menyentun tentang jenis susuk yang sesuai, susuk yang dilarang, syarat dan pantang larang yang perlu dipatuhi pemakai.

''Contohnya kita memberitahu susuk apa yang dibenarkan dan tidak menyakitkan pemakai dan susuk yang terlarang," ujarnya.

Dalam pertemuan singkat itu, Pak Awang turut menunjukkan teknik-teknik pemakaian susuk .

SIAP TUNJUK CARA2 PLAK TU…

Muka dan badan pemakai ditandakan dengan sejenis alat seperti pensel untuk memastikan tempat yang sesuai ditusuk susuk yang diingin.

Selepas itu bermulalah proses membaca ayat-ayat sambil memegang anggota badan yang mahu dipasang susuk.

LU PIKIR LA SENDIRIK…

Kain yang dipotong kecil akan diletakkan di tempat yang ditanda supaya susuk yang dimasukkan meresap ke dalam muka atau badan pemakai.

Akhir sekali, Pak Awang akan menutup kepala pemakai sehingga ke paras hidung menggunakan kain kuning manakala kain merah ditutup dari paras muka ke leher selama 10 ke 15 minit.

Tujuannya juga supaya susuk itu meresap ke tubuh badan. Selepas itu kain yang sama digunakan untuk mengebas badan pemakai.

KHURAFAT

Pak Awang turut menasihatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan bomoh yang mungkin menyamar sehingga sanggup mengenakan syarat yang tidak logik seperti melakukan seks sebelum memasang susuk.

AMBOI2…SIAP BAGI PERINGATAN TU….BAIKNYA PAK AWANG NEH KAN…YELAH…DGN PAK AWANG NI XYAH LAKUKAN SEKS….

Peringatan beliau lagi, masyarakat harus mempunyai niat yang betul sebelum memakai susuk supaya tidak bertentangan dengan syariat agama.

MAI HABAQ SKET…NIAT APA YG BETUL YG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT….

DAN ADA PANTANG LARANG GAK LAGI…..

1. Kalau pakai susuk,Jangan citer kat orang lain. Pandai makan pandai simpan.

KENAPA???? TAKUT YER…TAKUT REPUTASI JATUH…DEKAT PENCIPTA KORANG TU XTAKUT SEBAB MENGUBAH CIPTAANNYA….BERTOBATLAH ANDA!!!!!


2. Selama sebulan si pemakai susuk tak boleh makan keladi dan rebung selepas dimasukkan susuk dalam badan mereka.

NI APA CERITA?????


3. Tidak boleh lalu di bawah ampaian basah selama sebulan.

BIASANYA KALO AMALAN2 GINI MELIBATKAN SIHIR….ADAKAH MEREKA2 ITU TIDAK SEDAR?????

4. Dalam masa tiga hari kuku tidak boleh menyentuh ataupun terkena pada wajah sang pemakai susuk.

MEANS….WUDHUK NTAH KEMANA…SOLAT NTAH KEMANA…..

SEYES MAMA DH MAKIN JELEK NGAN UTUSAN YG SEMAKIN HARI SEMAKIN MEROYAN NI…MINTA AMPUN YER…


Sudah baca..jomlah click sini dulu yer..TQ my UNIQUE frenz

4 comments:

ika~~ said...

emm penulis pn mcm mualaf je.br nk kenal islam kot.sepatutnya dmsukkan dlm ruangan agama n explain lah knp susuk tu haram kaan?btul kte akak, mcm nk promosi susuk lak dia ni..hish!

ummisofea... said...

ye la kan...kalo ye pun nk kupas isu ni...sebagai orang islam...wajib utk kita menegahnya...bukannya lagi promote benda yg jelas haram tuh...haihhh

Anonymous said...

ish malu aku tengok orang yang taktau pakai otak ni. tak kisah la susuk ayat ka susuk besi ka, point Allah bukan jenis susuk tu, point Allah- sebab/ niat orang nak pi buat susuk tu. niat tak baik, keja banyak mana pun duit belum tentu halal.. sama la macam minum arak/ makan babi. kalau ada masalah tu pi la ubah diri. baca la buku bagi pandai. buat kerja bagi rajin. orang dah malaih nak shortcut ja. orang cina banyak buat bisnes elok takyah boh daun dalam muka pun.. (depa pakai networking banyak sebab depa tolong kaum depa sendiri- survival theory) kemaluan pendek pun takyah boh daun dalam tu..

kalau pak awang tu kata boleh makan taik, makan taik la semua 'patients' dia.

macamana la rakyat nak kembang otak, kalau macam ni pun taktau pikiaq. mampoih malaysia.

Anonymous said...

Kena buat sex dulu ke dgn pak awang ni??

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin