Unique Frenz

Monday, October 19, 2009

Oooh Ibuuu...

Jumaat lepas kami balik kg coz my bro (abeddo) buat kenduri doa selamat sempena keberangkatannya ke tanah suci mekah khamis ni...mula2 tue kami decide xnak balik coz juz nak pi hantar dia kat airport khamis ni..tapi bila adikku talipon n cakap yg ibuku dengan konfidennya ckp kat adikku yang aku mesti balik..cuti lama kan..3hari..sume orang balik..xkan aku xbalik…itu signal namanya,suh aku balik lah tue..hehe..rindu kat cucu2 nyer kot…so apalagi…sebagai seorang anak yg xnak mengecewakan hati ibunya..tanpa berpikir panjang kami terus balik kampong…

Bila dapat balik kg..keseronokan tu..ntah lah…xdapat nk digambarkan…keterujaan yg amat kata orang..mcm dah lama xbalik..sedangkan baru raya lepas kami balik…hehe..besa lar…dapat kumpul ramai2…adik,kakak,abang…sumelah…n aku dapat melihat keceriaan yg terpancar pada wajah ibuku bila kami smua balik n dapat berkumpul bersama…Insya Allah..selagi hayat dikandung badan…kami akan cuba untuk sentiasa menceriakan hati mek…

Semalam tibalah masa tuk kami berangkat pulang…walaupun tidak kelihatan secara luaran,tapi aku tahu yg hati mek berat tuk melepaskan kami balik…begitulah juga kami..tapi kerana tugas yg menunggu..kami terpaksa..InsyaAllah…ada masa kami semua akan menyusul kembali…ye mek!...

Pagi tadi aku dapat missed call dr adikku, terus aku call balik..aku lupa lak nak call masa aku sampai semalam..letih sesangat..sowii mek…so tadi aku juz nak confirm yg kami selamat sampai…dari semalam mek aku isau coz lepas kami berangkat..hujan dengan lebatnya turun kat kg…mek risau sangat dengan perjalanan kami…bila adik aku tepon..line xdapat…rasa bersalah lah plak coz membuatkan mek susah hati memikirkan kami…

begitulah perasaan seorang ibu kan..sentiasa prihatin dengan keadaan anak2 nyer…so,moral of d’story…janganlah sesekali menyakiti hati ibu anda…aku amat pantang kalo ada sesapa yg suka berkasar ngan ibu,menyakiti hati ibu, menenking ibu..n seangkatan dengannya lah…semoga orang2 sebegitu akan dibuka pintu hatinya supaya menyayangi ibunya…Amin…



gambar sekadar hiasan-coz dh pic ini je yg ada dlm pc ni..tepek je lor
*sofea diusia 4bulan

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin