Lepas je terbaca entry my fren .. kenangan pada ayahku 20tahun yg lepas mula bermain di layar ingatanku...di saat dan ketika ku masih memerlukan kasih sayangmu...pelukanmu...didikanmu....ayah telah meninggalkan kami...pergimu yang takkan kembali....
Ku masih lagi ingat disaat ayahku pulang dari menjual ikan dengan motor keramatnya...ya! ayahku seorang penjaja ikan...tetapi aku bangga memiliki ayah sepertinya...seorang yang tabah mengharungi segalanya....kepulangannya ku sambut dengan penuh keriangan... "yea! yea! ayah balik...yea! yea! ayah balik"...yang pasti kepulangannya tanpa tangan kosong...pasti akan ada habuan utk kami di dalam tong ikan nya....kalau tak aiskrim..pastinya kuih...walaupun kepenatan selepas seharian keluar mencari rezeki...kekalutan kami utk mendapatkan habuan masing2..pasti disambut dengan senyuman...
Di suatu ketika...dipagi yang hening...ayahku kelihatan lesu...batuk2...ibuku menasihati ayahku agar berehat saja dirumah...tak payah keluar menjual ikan...tanpa berfikir panjang ayahku menjawab "alah..xdok gapo pon...buleh lagi gi jual..kalu xgi jual,anak2 nk mkn gapo"...antara ayat2 yang masih lagi terpahat di ingatanku... Ya Allah...walaupun sakit..ayahku masih lagi bertahan demi anak2 nya...betapa sukarnya kehidupan kami ketika itu...nasihat ibuku supaya pergi berjumpa doktor tidak dihiraukan...katanya,sakit sikit saja..esok lusa..baiklah tu...
Selang seminggu lepas itu...batuk ayahku kian menjadi2...still lagi ayahku gagahkan dirinya tuk keluar bekerja....nasihat ibuku utk berjumpa doktor tidak diendahkan....sehinggakan pada suatu hari..ayahku sakit teruk dan terpaksa dibawa ke hospital....waktu itu dibulan ramadan yg mulia...ya,aku masih ingat lagi hari itu hajat kami utk berbuka puaasa dengannya dihospital tidak kesampaian...murtabak kegemarannya yang kami bawa terpaksa disembunyikan darinya...hanya kerana dia dinasihatkan doktor utk terus berpuasa bagi rawatan yg akn dijalankan...seingat aku ayah terpaksa berpuasa lebih kurang 18jam...kesian ayah...bergenang air mataku diketika itu...
Juga seingatku,setelah 3hari berada dihospital ...doktor memanggil ibuku utk menerima keputusan penyakit ayahku..ibuku dengan tenang keluar dari bilik doc dan memberitahu ayahku bahawa ayahku telah dibenarkan keluar hospital...dengan hati yang gembira ayahku bertanya adakah dia sudah sembuh...ibuku hanya mengangguk....gembiranya ayahku disaat itu...apatah lagi aku...
Dirumah,aku mendapat tahu dari abg2 ku bahawa ayahku sudah tiada harapan lagi...kgembiraan aku terus diragut... kanser telah merebak keseluruh hatinya...x-ray yg dibuat menunjukkan keseluruhan hatinya dipenuhi tompokan hitam....Ya Allah betapa luluhnya hatiku diketika itu...walaupun diketika itu aku masih lagi berusia 9tahun..tapi aku tahu bahawa penyakit itu sangat merbahaya...betapa tabahnya ibuku disaat menerima perkhabaran berita itu demi untuk menjaga hati suaminya...dan betapa tabahnya ayahku menyembunyikan kesakitannya demi mencari sesuap nasi utk kami...
Bermula dari saat itu...ayahku semakin lemah..setiap hari rumahku penuh dikunjungi org yg ingin melawat ayahku...mungkin kerana ayahku seorang penjual ikan yang memungkinkan ramai orang mengenalinya..mungkin juga ayahku dikenali disebabkan kebolehannya mengubati bayi yang terkena sawan tangis...atau mungkin juga anak2 murid yang mengaji al-quran dengannya...semuanya berkemungkinan...
Sesungguhnya aku masih ingat disatu malam..sedang aku sibuk mengangkat air pada tetamu yang datang melawat ayahku...ayahku memanggilku..."esok sekolah dok" aku mengangguk.. "erm,gi tdo lah,esok nok skoloh..nanti ngantuk...adik ah belaja rajin2 deh" kata ayahku sambil mengusap rambutku...tanpa dipaksa2...air mataku keluar bercucuran...terdetik didalam hati adakah nasihat itu adalah nasihat yang terakhir yang akn kudengar...pun begitu perasaan itu kulontar jauh2...tidak! tidak! ayah akan sembuh...
Seingat aku keesokkannya,ayahku semakin tenat...dikala rumahku dipenuhi dengan tetamu...kami adik beradik seakan lupa pada mereka...diketika itu,tumpuan kami hanya pada ayah...betapa murahnya air mata kami ketika itu...seakan tidak sanggup utk menempuhinya..aku berlari ke dalam bilik..menangis semahu2 nya...tatkala aku keluar menjenggah...ayahku telah menghembuskan nafas terakhirnya.... Innalillah
Namun begitu..betapa tabahnya ibuku...disaat kami bercucuran air mata...ibuku tenang...aku tahu bahawa batin ibuku menangis...dibelakang kami anak2 nya aku nampak ibuku menitiskan air mata,tapi cepat2 disekanya tatkala kami memandangnya...mungkin ibuku mahu memberikan kami kekuatan...sekiranya dia turut menangis...anak2 nya mungkin akan lebih bersedih...
Ayah..pergimu dengan ketabahan...penuh kasih sayang...sesungguhnya limpahan kasihmu padaku penuh bermakna utk dijadikan kenangan sehingga keakhir hayatku walaupun kenangan itu cuma seketika....ya disaat diriku baru saja menjejakkan kaki ke darjah 3...
Ayah!!! bersemadilah dirimu dengan tenang..akan kuiringi doa buatmu agar rohmu dicucuri rahmat dariNya dan ditempatkanmu bersama para2 solihin...Amin..
Ya Allah Ampunilah dosa ayahku dan kasihilah dia sebagaimana dia mengasihi kami ketika kami masih kecil...dan jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman di taman syurgamu...Amin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment