Sabtu lepas…dgn wajah yg ceria kakak & baby bawa balik sebiji mangga yg masak kekuning-kuningan…terus datang dekat mama suruh kupas…bila mama tanya balik kat mana kakak & bb amik buah ni..bb cakap bb jumpa buah tu jatuh kat tepi jalan umah jiran sebelah…memang bb n kakak selalu je pi main umah jiran sebelah…
Mama pandang kakak,pegang bahu bb “bb…kakak…kita xleh amik yg orang punya..kalau kita nk kita kena minta…bb minta dok ngan tuan rumah bb nk amik ni”
“ dop” laju je kakak jawab
“xbaik kan mama! amik hok orang xmintak” abah mencelah
“a’aa…xbaik…nanti berdosa” bb n kakak dengar dengan perasaan bersalah…
“bb…kakak…gi balik umah orang tu..minta dgn dia…kata buleh dop bb nk buah ni…kalau dia kata boleh…baru boleh makan..yer!!”
Kakak & bb berlari2 gi balik umah org tu…mama cuba peghati balik tingkap…
“assalamualaikum…..assalamualaikum….assalamualaikum” silih ganti bb n kakak bg salam… mama dh tahu rumah tu xde orang..sebab nampak pintu pagar terkunci..tp mama nk ajar anak2 mama supaya kalau nk barang orang lain..kena minta permission tuan dia dulu…jangan sembarangan ambik… walaupun hanya sebiji buah…
Sebabnya bila kita nak mendakwah anak, lakukanlah sejak kecil lagi. Kena bertegas dengan anak apabila menyentuh bab agama.
Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w bertegas pada cucunya yang termakan buah kurma zakat sedangkan zakat adalah diharamkan kepada Rasulullah s.a.w dan keturunannya. Maka Rasulullah s.a.w mengorek keluar kurma tersebut (mencangkukkan jari) dari mulut cucunya.
Lama jugak lah mama dok peghati kakak n baby dok melilau depan umah jiran sebelah… Assalamualaikum…assalamualaikum… J
Last2 tu mama suh bb n kakak balik sebab xde orang kat umah tu..bila tengok muka anak2 mama…mama rasa kesian sebab memang nampak dr air muka dorang…terliur sangat nk makan buah tu…
“kakak…letak balik buah tu kat situ” cakap bb kat kakak
Kakak teragak2… “mama letak balik ke?” tanya kakak
“Emmm”
“kakak! Letak balik situ” celah bb dgn nada sedikit keras…
Bila tengok air muka kakak..mama xsampai hati…
“ok la…kalau kakak & bb nk makan..boleh la makan..tapi esok kakak kena ingat..kakak kena pergi balik umah orang tu n cakap kakak dh amik n makan buah ni…boleh?”
Kakak n bb angguk faham…muka anak2 mama kembali ceria….memang niat mama..esok mama akan pergi sendiri umah jiran sebelah n maklumkan…
Gambar sekadar hiasan-suka tgk wajah anak2 kecil ketika tidur…wajah tulus ikhlas tanpa dosa
Keesokkannya…balik dr kerja…kakak n bb berlari2 pi rumah jiran sebelah…
Mama cuba ingatkan balik supaya kakak cakap yg kakak dh amik buah yg gugur itu.. kakak angguk tanda faham..
“boleh dop kakak makan buah yg jatuh” tanya kakak
“boleh…” jawab jiran sebelah dengan senyuman…mama hanya intai disebalik tingkap rumah..
Tiba2 bb balik umah n tanya “mama! Mama! Buah yg jatuh semalam tu buah kuning ke hijau”
“buah kuning…buah masok dh” mama jawab sambil tersenyum…cepat2 bb pi balik umah org tu…maybe jiran tu tanya buah yg bb makan semalam tu yg dh masak k blom…
Tiba2…kakak & bb balik dengan seplastik buah mangga yg dh masak…
Kakak cakap org sebelah bg…sebab bila kakak cakap kakak dh makan buah tu semalam..dia kata ada banyak lagi kalau kakak nk…terus dia amik buah2 tu bg kakak…
Dari sebiji mangga…kakak & bb dapat seplastik buah mangga… dapatlah anak2 mama makan buah2 mangga tu sepuas hati…
Insya Allah…mama akan cuba didik anak2 mama supaya berakhlak mulia…selagi termampu…ku mohon padaMu ya Allah….berikanlah ku kekuatan
No comments:
Post a Comment