Unique Frenz

Thursday, November 1, 2012

Seksanya bila orang peknen batuk...

~Assalamualaikum~

Dah 2 hari mama batuk..selsema...tapi xdemam..
tapi kalau batuk masa peknen ni...hanya org2 yg pernah mengalaminya tahu bagaimana rasanya...kan!!!
nak tido xleh...malah batuk akan menjadi2 kalau baring...
bila batuk...perut akan mengeras..sakit..kdg2 akan ke kepala...batuk je..sakit kepala...so kena kontol2 batuk...
tapi the worst thing dat bila batuk...pasti akan terkucil...btol dak.ngee...
Semalam paling teruk...dr pukul 10mlm mama cuba tido...tapi setiap kali baring...batuk xhenti2...ubah kedudukan...xjadi...tido atas katil kakak..lapik toto...bawah perut lapik lagi bantal kecik..atas perut lagi bantal kecik...peluk pinky kakak...still xselesa...kuar dok ruang tamu...try utk tido sambil duduk...lapik toto...still xmenjadi...sudahnya kul 1.30pagi masih terkulat2 xleh tido...sibbaik abah sedia menemani...abah tolong sapu ubat panas dibelakang badan...ulang gi toilet xusah cakap la...sekali batuk...sekali gi toilet...smp dh xlarat nk kuar masuk toilet...

sudahnya...mama terpaksa mkn ubat batuk yg ada dlm peti...akhirnya..kul 2.30 pg...mama terlena...dengan selimut atas dada..peluk bantal lagi xbagi dada sejuk...pagi ni terus ke klinik amik ubat... InsyaAllah semoga akan beransur baik...

rasanya faktor cuaca kot skrg ni...hujan panas xmenentu..

Apa yg mama luahkan disini...bukan sebab xsabar dgn dugaan...jauh sekali merungut dan xredha dgn ketentuanNya...cuma mama hanya nk berkongsi rasa sbb mama yakin..disebalik semua yg berlaku...pasti akan ada ganjaran disisi Allah...dan yakinlah dengan janji2 Allah bahawa...


*      Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

*      2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

*      Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

*      Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

*      Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

*      Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

*      Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

*      Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

*      Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
Dipetik dari blog :

Bila dilihat pd ganjaran yg dijanjikan Allah...sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...bagi mama dapat merasai pergerakan bb dalam kandugan ni pun dh cukup besar nikmatnya... bukan semua wanita dapat merasainya kan...hanya mereka2 yg terpilih je... dapat merasai ketika jantungnya berdenyut...merasai tendengannya...dpt membelainya wpun hanya usapan perut...membacakannya ayat2 suci Al quran...

dan yg lebih teruja adalah dia setia menemani kemana saja kita pergi.... =)

Doa mama agar...mama akan selamat melahirkan anak mama nanti dan moga anak mama akan jadi anak yg soleh/solehah... Amin :)

kakak n abg talhah dh xsabar nk tunggu bb lahir ni :)

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin