Unique Frenz

Wednesday, October 21, 2009

odek-odek mama nih..



owh..odek2 mama neh sudah pon berusia setahun 7bulan…apa doh perkembangan terbaru bb boy mama ni yerk…dah lama mama ber xupdate kan... xper2..cepat/lambat mama tetap akn update tuk bb..bila bb besar nanti,bb pasti akan tersenyum bila melihat setiap catatan tentang bb nih..n mama telah terpikir utk membuku kan setiap catatan anak mama nih n luminate it..coz mama pon xtahu sampai bila blog ini akn HIDUP..hehe..insya Allah...cayok tuk mama...


okes,berbalik pada perkembangan Ahmad Talhah Danish pada usia 1tahun 7bulan:

Dari segi percakapan:


  • udah pandai dan petah bercakap…kalau mama amik jerk kat tempat pengasuh,ada2 ajer benda yg nk ditunjuk n diberitahu…ayam…ikal(basikal)…ipa(selipar)…cing(kucing) n apa2 jelah yg terpandang dimatanya..mulalah tunjuk kat mama...n pantang dengar kakak bercakap..cbok ler dia nak bercakap sama walaupon dia hanya ambil perkataan yg hujung2 nyer..okeylah tue sayang..hehe

  • Bila dah pandai bercakap,mulalah pandai mengadu..sket2 ngadu sakit…sakit tanganlah,kakilah…bila mama tanya siapa buat..mulalah tunding jari kat abah or kakak “abah uwat..atak uwat”…tapi bila mama usap n tiup jerk..terus ilang sakit tuh n siap tersenyum2 lagik..lawak tol lah bb ni…

  • ayat power bb sekarang nih yg mama n abah suka dengar n ajuk ialah "hakh"..perkataan ini akan keluar bila mana bb terkejut atau buat2 terkejut...lawak sesangat..

Dari segi kelasakan:

  • memang xdinafikan lagi…makin besar anak mama,makin susah nk dikawal,lebih2 lagik bila bb bergandingan ngan kakak..haru biru jadik nyer..sampaikan ada masa nyer mama nak jerk kurung bb n kakak biar main kt dalam bilik..xder laa mama asik dok ngemas benda yg sama…tp xsampai hati plak… n skrang nih mama terpikir nak beli set taman kat bb n kakak..yang siap ada rumah,buaian n gelongsor tuh...biar bb n kakak main kat dalam tuh n xkacau barang2 dalam rumah mama nih..n buat masa sekarang nih mama tengah surveylah..kalau berpatutan tu bleh ler..coz mama korang nih bukan nyer jutawang lagi..hehe..setiap apa yg nak dibeli tuh,kena tengok dalam bajet tahunan..cukup ke tak..ekeke..Insya Allah..cukup bajet..adalah..mama xjanji tau..tapi kalau mama beli, bb n kakak kena janji tau xkacau barang2 mama lagik...


suka sangat kalo dpt main gelongsor

  • kalau pi soping plak..bb adalah orang yg paling cbok..berkejar kesana..kemari...first tu leh ler lagik dok dlm troli..tp xsampai setengah jam..mulalah meragam nk turun.. at last mama ikut jerk bb nk pi mana nk tgk jerk bb nk wat pe..xkuasa dah nk layan...huhu

  • di pasaraya tesko,ampang..sedar2 jerk..bb sudah pon mengharu-birukan pampers ni..

    Dari segi perlakuan:
  • bb udah pandai meniru apa yg dibuat oleh kakaknya…pantang nampak kakak buat itu ini..mulalah terkial2 nak buat jugak..sampaikan adakala nyer kakak bagi warning "kakak dah besar,adik kecik lagi,adik xyah buat lah"

  • time mama n abah solat,kadang kala bb pon akan ikut solat sama..dengan sejadah n kopiah nyer..tp rakaat pertama jerk leh ikut..pastu..tau2 jelah..kekadang tu kakak sampai nangis bila bb kacau kakak solat...Insya Allah mama akan doakan semoga suatu hari nanti bb leh jadi imam besar masjid...Amin..

  • kalau merajuk plak..susah sangat nak dipujuk..lagi2 bila dia kata "mbu" ie:xmboh..jangan haraplah dengan senang nyer nak dipujuk..kenalah bertungkus lumus mama memujuk nyer...kalau xpun biar abah nyer yg pujuk kalau dia merajuk ngan mama..huh! complicated sunngguh anak mama ni.. :)

  • then tabiat bb masa bf mama..tangan nyer akan merayap keseluruh muka mama tuk mencari bibir mama...then dengan perasaan xbersalahnya bb akan mengutis2 kepingan2 yg ada pd bibir mama..pasai tulah mama xleh pakai lipstik ni..hehe

Dari segi kejelesan:

  • memang penjeles yg amat…pantang nampak mama pegang bb lain,mulalah dia datang n tolak bb tu sambil nangis2…n pantang jugak kalau ada sesapa peluk mama dia nih..abah nyer apa lagik..suka sangat nyakat dak kecik tuh… “erm,sedak nyer peluk mama” kalau tengah main pon leh berhenti n sambil nangis2 datang kat mama suh peluk dia gok..n mulalah nk aapeek mama...uish..manja songgoh anak mama sorang ni..anak bongsu katakan..wat masa ni lah..hehe...kakak pon udah pandai sekarang ni nyakat bb cam abah…hish kakak neh..paper jerk…

Dari segi fizikal:

  • mama nampak bb sekarang udah makin kurus.xmacam masa kecik dulu yg gembol2…walaupon bb makan banyak…mungkin coz bb terlalu lasak bermain…apa yg penting,kad klinik bb belum lagi memasuki line kuning,so normal lah tuh..n kalau dibandingkan dengan berat sepupu2 nyer..bb still no.1 dgn berat mencecah 9.4kg..yg laen2 tuh baru jerk area 7/8kg..so kira ok lah tuh walaupon xsegembol dulu..hehe…

      bb diusia 3bln
      bb yg makan manyak

    • gigi bb pon udah mulai penuh…pasai tulah "selok" kakak kalau digigit nyer…

    wateve pon..no matter wat...mama gembira n ceria sangat dengan kehadiran bb dalam hidup kami...dirimu menceriakan kami sekeluarga dan seangkatan dengannya...kalo boleh mama nak jerk bb terus jadik bb..boleh mama main ngan bb...kacau bb...pujuk bb..tapi sampai bila...nak jugak mama merasa bb plak jaga mama...makan hasil peluh anak mama sambil mama berehat jerk kat umah...erm,memikirkan itu sume..cepat2 lah bb besar yea..Go baby go!!!

    Tuesday, October 20, 2009

    Kejamnya "IBU ITU"

    Tatkala membelek harian metro pagi ini, hatiku terus tersentak..terkedu tanpa kata...Astaghfirullah Al-Azim..kenapa begitu kejam manusia itu..tiadakah sedikit belas kasihan pada anakmu ini..dimanakah nilai2 keibuanmu...kasih sayangmu...lupakah keperitanmu melahirkannya...membesarkannya...
    SEMUANYA hanya kerana seorang LELAKI ITU yang hanya layak dipanggil IBLIS bertopengkan manusia... tidakkah mereka terpikir bahawa anak yang sepatutnya mengheretnya ke syurga,tetapi terpaksa menghumbannya ke neraka juga hanya kerana IBLIS itu...Nauzubillah..tiada kata2 yang dapat diluahkan betapa sakitnya hati ini melihat penderitaan anak itu...
    Damailah dikau di Syurga menanti...
    Ya Allah,lindungilah kami dan keluarga kami dari azab api neraka...AMIN...
    DIdera, dirogol, diliwat
    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my


    KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

    Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.


    “Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

    Monday, October 19, 2009

    Oooh Ibuuu...

    Jumaat lepas kami balik kg coz my bro (abeddo) buat kenduri doa selamat sempena keberangkatannya ke tanah suci mekah khamis ni...mula2 tue kami decide xnak balik coz juz nak pi hantar dia kat airport khamis ni..tapi bila adikku talipon n cakap yg ibuku dengan konfidennya ckp kat adikku yang aku mesti balik..cuti lama kan..3hari..sume orang balik..xkan aku xbalik…itu signal namanya,suh aku balik lah tue..hehe..rindu kat cucu2 nyer kot…so apalagi…sebagai seorang anak yg xnak mengecewakan hati ibunya..tanpa berpikir panjang kami terus balik kampong…

    Bila dapat balik kg..keseronokan tu..ntah lah…xdapat nk digambarkan…keterujaan yg amat kata orang..mcm dah lama xbalik..sedangkan baru raya lepas kami balik…hehe..besa lar…dapat kumpul ramai2…adik,kakak,abang…sumelah…n aku dapat melihat keceriaan yg terpancar pada wajah ibuku bila kami smua balik n dapat berkumpul bersama…Insya Allah..selagi hayat dikandung badan…kami akan cuba untuk sentiasa menceriakan hati mek…

    Semalam tibalah masa tuk kami berangkat pulang…walaupun tidak kelihatan secara luaran,tapi aku tahu yg hati mek berat tuk melepaskan kami balik…begitulah juga kami..tapi kerana tugas yg menunggu..kami terpaksa..InsyaAllah…ada masa kami semua akan menyusul kembali…ye mek!...

    Pagi tadi aku dapat missed call dr adikku, terus aku call balik..aku lupa lak nak call masa aku sampai semalam..letih sesangat..sowii mek…so tadi aku juz nak confirm yg kami selamat sampai…dari semalam mek aku isau coz lepas kami berangkat..hujan dengan lebatnya turun kat kg…mek risau sangat dengan perjalanan kami…bila adik aku tepon..line xdapat…rasa bersalah lah plak coz membuatkan mek susah hati memikirkan kami…

    begitulah perasaan seorang ibu kan..sentiasa prihatin dengan keadaan anak2 nyer…so,moral of d’story…janganlah sesekali menyakiti hati ibu anda…aku amat pantang kalo ada sesapa yg suka berkasar ngan ibu,menyakiti hati ibu, menenking ibu..n seangkatan dengannya lah…semoga orang2 sebegitu akan dibuka pintu hatinya supaya menyayangi ibunya…Amin…



    gambar sekadar hiasan-coz dh pic ini je yg ada dlm pc ni..tepek je lor
    *sofea diusia 4bulan

    Wednesday, October 14, 2009

    Sofea dengan sampahnya...

    "Mama! sampah ni"...dialog ni bermula mgu lepas..masa tu aku tgh dok layan fb kat umah kak Da di kulompo sambil ngajar dia cmne nk guna fb nih..hehe jadik cikgu tak bertauliah lah pulak :P.. then tetiba jerk anak sulungku menyapa n kata ada sampah..disebabkan aku tengah khusuk jadik cikgu..aku wat layan xlayan jelah apa yg dia kata... tapi dia asik kata "MAMA! bau sampah kat idung ni" "haa..kakak janganlah main dekat sampah,nanti bau sampahlah"..bila nampak aku xberapa nk layan dia,dia teruskan bermain ngan sepupunya..tetiba jerk aku dengar dia bersin bertalu2..aku n kak Da saling berpandangan.. lalu aku tanya "kenapa kakak nih,dok bersin aje,tetiba jerk..nak selsema ker" sambil menyapu mukanya..dia tetap kata ADA SAMPAH.. "jadilah main kat sampah nyer,nanti bersin"..kataku


    4,5 hari berlalu..kakak masih lagi selsema n hidung kakak mula berbau busuk..aku dah mula isau..RESDUNG ker kakak nih..takkanlah disebabkan kahak leh berbau gtu sekali..sebelum ni dia penah selsema,tp xbau busuk gtu...dia selalu cakap.. "mama! ada sampah dalam idung kakak" aku berfikir,kesian kakak...tentu kakak pon bau busuk sampai dia kata ada sampah dalam hidung dia...

    semalam kami decide,bawak kakak pi jumpa Doc..bile doc check..tetiba dia suh my hasben lihat kat dalam lubang hidung kakak.. "cuba tengok apa ni" ..my hasben terkebil2 tengok..Apa tuh?..then doc terus tarik keluar...alamak! memang SAMPAHLAH...seketul kapas dalam idung kakak...doc kata,klau ada benda tersumbat dalam hidung,memang akn bau busuk coz segala kekotoran akn lekat kat ctu..lebih2 lagi dia selsema...Alhamdulillah..sib baik xde apa yg kronik...isau sangat mama n abah...

    patutlah kakak selalu sebut sampah..ingatkan bau sampah..tapi memang betul2 sampah..dan sampah itulah yang menyebabkan kakak bersin dan selsema...hishh..kakak nih..laen kali jgn buat lagi tau...

    MOraL oF d StOry:-



    *tuk ibu-bapa:amik perhatian apa yg anak cakap,walaupon kekadang kita rasa tak logik...n siasat kebenarannya



    *tuk anak2:elakkan dari meletakkan sesuatu kedalam rongga itu..berbahaya tau!!





    my sweet gal-diusia 8bulan

    Apakah itu rezekiku..

    REZEKI…nak kata aku dinaikkan gaji,TIDAK..naik pangkat jadik partner,JAUH SEKALI…pertambahan femili…OOO NO NO…
    tapi Sebenar nyer diriku ini masih dalam dilemma samaada aku ikhlas menerimanya
    kerana rezki atau terpaksa kerana aku ini seorang pekerja, yang selalu kena menurut perintah…hehe
    mesti sesapa yg terbaca post ini tertanya2..berteka teki...wat kind of rezeki yang aku dapat...hehe..sebenar nyer next month my boss nyer partner kt kuantan nak pi oversea for about 2mths..so disebabkan kesemua LA nyer da quit kerja..satu2 nyer orang yg leh cover kerja kt opis sana adalah AKU,insan yang lemah ini...
    last tuesday,aku pi discass ngan boss kt sana...then dia da siap2 bg aku scope kerja yg aku kena cover..including..check documents,cause paper n watsoeve..attending court..sign all cheques n letters...meeting wif clients...attend d'client..N..Arghhh!! bila aku dgr jerk scope kerja yg aku kena cover..terus kapla ini ligat berfikir...mampukah aku?? dahlah kat Kemaman tu,my boss xpenah amik kisah pasal kerja..tertonggeng ker..terbalik ker...aku lah..nk kena cover plak opis Kuantan...da tu siap demand plak..nak suh aku naik office kuantan at least 3times a week including Friday..owh..ok!! please be reminded dat..hari jumaat aku kat kemaman cuti..kalo aku kerja..sapa nak tolong jaga anak2...n sapa nak tolong topup duit pengasuh kalo aku hantar kat sana...time rest aku lagik terjejas...ERM!! kena pikir tu sume...wateve pon aku janji ngan dorang yg aku leh naik Kuantan hari Jumaat petang,BUT juz for a while n juz for signing purposes only...bcoz kalo aku naik,kesemua anak2 ku akan naik sama..so paham2 je lah...
    of course lah Boss sana kata akn ada allowance kerja..tapi berbaloikah dengan kepenatanku..kesusahanku..kepeninganku...MEMIKIRKAN kerja2 kat sana...tapi apa yang aku sematkan dalam kepala n hati sanubariku ini buat masa sekarang ialah..terimalah itu sebagai satu REZEKI...

    Saturday, October 3, 2009

    Aikk..ada lagi ker??? ;)

    hehe...sebenor nyer xabes lagi nak citer pasal raye ni...besa lar,rayakan sebulan..hiks..actually dh lama post ni siap disediakan,tp disebabkan kebizian yg xdpt dielakkan,xsempat nk upload photo…selagi xde photo,xdpt dipublishkan..nanti citer xsodap…hehe..sodap ker??? ;)

    Okes,hari tu juz sampai raya ke-3,ini nak sambung Raya ke-4 plop..pepagi raye tuh,kami pi beraya reramai umah Abg Zaid,abg sulung aku kat Lundang Paku...tengah dok sembang2,palli hamat my schoolmate a.k.a my hubby nyer fren sampai...borak nyer borak,Palli mustafa plak sampai..citer xhengat punyer...ye r,masing2 dah lama xjumpa..kira geng ngorat masa skolah dulu r...haha...sowii bang!! tapi ayg tetap cewek abg yg popular..dak gtu!!

    dalam kul doblas,kami tutup warung coz my femili nak pi makan laksa plak kat Melor sempena kenduri menyambut menantu,Kak Za...sebenor nyer,femili my hubby ni,bleh tahan gak gler2 nyer..hehe..apa tak nyer,sampai umah orang jerk,riuh rendah dibuek nyo..lepas makan2,kami sempat lor berposing kat tepi sawah..dah tempat itu lor pemandangan yg cantik n tempat yg sesuai diambil gambar...siap angkut2 kerusi lagik..erm,jakun btul lar dorang nih ngan sawah..kui3x...aku dah xheran dah coz aku memang membesar ngan peluh petani..musti org2 kat umah tu pelik tgk perangai keluarga menantu baru dia nih..huhu..tp lantaklah,yg pasti kami akn abadikan kenangan tersebut tuk dimuatkan dalam kamus memori kami suatu hari nanti..cheewahh..berfalsampah plak...apa yg PENTING!! kami mahu hari itu adalah hari yg cukup gumbira bg pasangan tersebut..dan juga keluarga besar "USTAZ HASSAN"...moga ikatan kekeluargaan keluarga ini akan berkekalan sampai keakhirnya...Insya Allah


    pasangan yang diraikan


    pasangan yg udah lama diraikan..nk jugak tu.. ;P



    aksi bb memanjat pokok..hehe


    "KELUARGA USTAZ HASSAN"



    Lepas makan2.kami meningalkan pasangan itu dan terus menuju ke Pantai Bachok...juz for fun..bersantai-santai…small femili daylah katakan...one step before femili day yang betul2 nyer…dan aku berharap sangat2 femili UST HASSAN juga akan organize upacara tahunan like femili day, cam femili aku selalu buat…INSYA ALLAH.. (bang! apalagi, bila Course Coordinator nyer tugas nak berjalan nih)



    Malam tu plak,kami menyahut undangan Abeddo yg buat open house n BBQ…memang happening gler…kalau dikira,kesemua anak, cucu n cicit kepada HANAPI yg ada pd malam tu lebih kurang seramai 71 orang..itu tak termasuk keluarga mertua Abeddo…memang sesak lar rumahnya pada malam tu..bila sume asyik bercerita..bingit suasana..sampaikan anakku menangis digigit sepupunya,Adam pon,dengar xdengar ajer mama nyer..sibuk berceritalah katakan!! Hehe,sowiii bb…xsempat mama nak menyelamatkan bb pd ketika itu..
    Upacara malam tu berlansung sampailah ke pukul 12.oomlm…bile mata kesemua yg hadir kian tertutup..ngee…pepun..kami mengharapkan agar silaturahim antara kami ini kan berkekalan selamanya…INSYAALLAH…


    anak2 sedara yg ketinggiannya telah melepasi ibu saudaranya..huhu


    menyibok kat tempat BBQ


    aksi 2 owang kakakku


    kakakku diapit oleh ipar2 nyer


    rancak bercerita..


    SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

    citer seangkatan dengannya

    Blog Widget by LinkWithin