Unique Frenz

Tuesday, June 30, 2009

kes yg Xspatutnya B'laku; [KES 1:Broker]

Kekadang bile aku terdengar je panggilan “BROKER” telinga aku jadik panas…bukannya apa..aku selalu jerk dengar yg broker ni kebanyakannya (p/s; kebanyakan..bukannya kesemuanya) selalu mengambil kesempatan keatas orang yang terdesak..nak dapat duit cepat dengan dapat untung atas angin…

Dulu kawan aku pernah bawa kes lelong..tanah ni harta warisan tuan tanah..bila dah nak dilelong..punya ler tuan tanah cari duit sana sini nak pi sambut…sayang tanah warisan katanya..n wateve pung..dia nak dapatkan balik tanah tue..

sampai je hari lelong..dengan berbekalkan duit deposit..dia nak sambut tanah tue..
tapi bila si Broker a.k.a Penyangak ni dapat tahu tuan tanah ni nak sangat tanah tue..mulalah dia nak sambut gak..
bermulalah misinya..ugut tuan tanah..
kalau tuan tanah ni xnak bagi dia sambut lelong..tuan tanah ni kena bagi duit kat dia RM5000-00..
manalah tuan tanah ni ada duit..so nak xnak terpaksa lor tuan tanah ni biarkan si penyangak tu bid tanah dia..
makin tuan tanah naikkan harga lelong..makin tinggi si Broker ni naikkan harga..
at last, tuan tanah ni dah xmampu nak naikkan harga..so dapatlah tanah tu kat si Penyangak ni…
balik lor tuan tanah dengan perasaan yg sedih sambil menitiskan air mata…

tup2 2,3 hari lepas tu si “penyangak” ni tepon nak jual harta tu balik dekat tuan tanah ni dengan harga RM10,000-00 lebih dari apa yang disambut…
pujuk punya pujuk,tuan tanah ni dah patah hati…dah xnak ambik tanah tue…lagipun mana dia nak cari duit sebanyak tu nak beli…
punye ler jahat si Broker a.k.a si penyangak ni…bukannya dia nak sangat pun tanah tue..saje jerk nak untung atas angina.. geram tul aku mendengarnya…

Then semalam plak,aku ada bawa kes lelong rumah seorang pakcik ni…
rumah ni pakcik tu duduk dengan femilinya…punya ler pakcik ni merayu kat aku supaya rumah dia xkena lelong…
aku xble buat apa coz aku juz dapat arahan dari pihak bank jerk.
so aku juzz suh dia pi buat rayuan kat pihak bank…

hari lelong tu dia datang kat aku n kata pihak bank akan terima rayuan dia sekiranya tiada penyambut hari tu…
tapi bila aku Tanya,ada 2,3 orang nak sambut rumah dia ni termasuklah si broker ni..mulalah pakcik tu mengelabah..
then si broker yg xberhati perut ni,mulalah panggil pakcik ni tuk discas katanya..
erm..aku dah agak dah..mesti dia nak mintak duit kat pakcik ni kalau xbagi dia sambut lelong…
dengan terpingga2 pakcik ni datang kat aku n kata si penyangak ni mintak RM2000-00 bagi kat dia n RM2000-00 kat kawan dia sebagai gantirugi katanya..dia pun xpaham…
so aku pi ler Tanya si penyangak ni… “benda yang awak mintak ngan pakcik ni”…so dengan konfidennya dia kata “saya dah masukkan overdraf nak sambut lelong,kalau saya tarik balik lelong tu,saya rugi ler, bank draf saya tu akan kena burn” so aku jawab ler “apanya yang rugi,kalau awak xsambut,awk ambik baliklah deposit awak tu,xde nyer duit tu burn,awk xrugi apa pun” “eh,rugi..saya dah lama dalam bidang ni,saya tahu lah..” pandai2 jelah si panyangak ni..dia ingatkan aku ni xreti ker???

So bagi memuaskan hati dia aku pun kata,nanti saya suh kakitangan mahkamah confirm yer..mulalah dia mengelabah..

so dia Tanya orang kat2 ctu.. “siapa tue?” “loyer lah tu”..terdengar jawapan dari mana2 ntah…
so bila kakitangan mahkamah confirm yang duit dia tu akan dapat balik,dia terus ajak pakcik ni bincang..
erm,xpuah hati lagi ropanya…tup2 dia mintak RM1000-00..
pakcik ni datang kat aku n Tanya..cmner..so aku jwb “pakcik try ler mintak kurang lagi,dia bukannya rugi pape pun kalau xsambut,saje jerk nak untung atas angin, kata kat dia kalau saya ada duit,rumah saya xkan kena lelong”..then terkoch2 plak pakcik ni pi jumpa si “P” tu..

lastly pakcik ni datang n kata dia mintak RM600-00...hish!! kalau diikutkan hati aku,aku xbagi jerk pakcik tu bayar,tapi kalau dibuatnya si “P” ni pi sambut lelong..lagi haru… so aku kata..bayar jelah pakcik,nak buat camane doh..then,dengan muka yg tak bersalah si “P” tu mintak pakcik tu bayar serta merta…

geram jerk aku nengok muka dia tue..xde pasal2 pi mahkamah,dapat duit saje2…erm..xpelah..hari ni hari dia…lain hari..terimalah balasannya…tapi kalau diikutkan,aku xble nasihat pakcik tu cam gtu coz aku ni on favor of bank…tapi atas nama kemanusiaan…aku xkisah jerk..yang penting aku dapat tolong orang yg xtahu pape n tertindas…

Tuesday, June 23, 2009

saat melahirkanmu..hepi bday sayang!


Arini best day my little princess..NUR ASFA SOFEA yang ke 3 tahun…hepi birthday sayang!!! Becoz bday kakak jatuh pada tengah2 minggu and mama pun ada kes hari khamis ni dekat K.L, so mama n abah rancang nak celebrate pd hujung minggu ni umah cekda…harap2 takde halanganlah..INSYAALLAH..n mama masih pk,menda yang nak bagi pada kakak nanti…erm..suprise!!!

Bila diingatkan kembali, memori sebelum/selepas melahirkanmu masih segar dlm ingatan mama…apa tak nyer..pengalaman melahirkan anak buat pertama kalinya...

Kalau mengikut kiraan klinik,tarikh due kakak ialah pada 14/6/2006…
masa tue mama umur 26tahun..
tengah buat chambering kat T/N Manjit Singh Sachdev,Kuala Lumpur…
pengalaman mengandungkan anak mama ni..soo easy…
takde morning sickness..xde muntah2..xde alahan…tp penyakit tu abah yg tanggung…pagi2..abah yg muntah… huhu…kecian abah…

mungkin bb kecian kat mama masa tue..biasa ler,jd budak chambering ni,cam jadi kuli orang lor…then selama 9bulan mengandungkanmu..boleh dikatakan xde masalah..boleh masak cam biasa..Cuma..masa awal2 pregnen tu,mama xble bau badan abah…busyuk bangat…hehe…bukan abah jerk,sume orang dalam LRT tu bau semacam jerk..rasa xsabar2 nak turun…itu jelah,yang lain xder problem…

Then, seminggu sebelum D.U..mama mintak kebenaran ngan boss nak balik kg..isau gak kalau lahir kat K.L,xder orang nak jaga…nak bawa balik kg plak satu hal nanti..so about 9hb Jun 2006,mama balik kg ikut jalan tganu..kot2 sakit perut tgh jalan,ada banyak tempat nak singgah..kalau ikut Gua Musang…erm..tau2 jelah…

Kt kg,tunggu punya tunggu..sampai ler tarikh D.U..tak plak rasa nak kuar bb ni..abah dah seminggu amik cuti,jaga mama..
on 19hb tu mama rasa sakit perut…so terkocoh2 ler abah bawa mama pi spital..kononnya dah sampai masa..sampai kt spital..xsakit ler plak..erm...tp doctor terpakse tahan kat wad gak coz mama da lepas D.U..so bila2 masa jerk bb akan kuar katanya..

2 hari mama dok spital..n selama tu gak ler abah berulang alik ke spital jaga mama yg tak sakit…malu jerk bila orang dtg melawat kita yang tak sakit…

so pada 21hb aku mintak ngan Doc nak balik dok umah..pujuk nyer pujuk,doc bagi balik..tapi dia remind dat if I hav yet to deliver on 24/6..aku kena datang spital n kena induce..takut bahaya pd bb..org kata kalau induce,sakit wei…so aku mintak sangat supaya bb lahir b4 dat..setiap saat aku usap perut “anak mama,cepatlah kuar..kecian abah,dah lama abah tunggu bb nak lahir..kalau kena induce kecian plak kat mama”

22hb 2.30p.m,abah mintak izin ngan mama nak balik K.L coz abah dah lama amik cuti..dengan berat hati mama terpaksa lepaskan abah pergi..abah siap pesan pd bb masa tue “kalau abah balik kl nanti,suh ayoh do atau ayah chik tolong azankan yea! Dok elok2..abah kena pi keje”..

Petang tue..about 6.00p.m aku rasa cam dh sakit perut..xde pengalaman ni isau sebenornya..sakit sket pun dah gelabah.. hehe

so around 6.30p.m aku pi hospital Lati,Pasir Mas..aku nekad xnak bgth my hubby coz takut dia patah balik..so aku tunggu sampai lepas maghrib baru kol dia..ingat nyer bile dah nak sampai kl,dia xkan patah balik dah..tup2 dekat kol 11.00malam..terpancul dia kat spital..terkezut jugak aku…dia kata xsampai hati plak nak tinggalkan aku sorang2…masa aku kol tu dia dah sampai Lipis…disebabkan dah tgh malam,aku juz dapat cakap melalui jeriji tingkap je lor…

Keesokkannya lebih kurang kul 6lebih,aku dah rasa sakit semacam jerk..so untuk mengurangkan sakit aku jalan2 dalam spital tu..
dalam kul 7.00 aku mintak ngan nurse nak masuk labour room..so nurse Tanya aku “dah sakit sangat ke” “xde..sakit sikit2 jerk”..so nurse suh aku pi tdo dlm labour room..lps check, nurse cakap.maybe dalam kul 12.00tghr baru bb aku kuar…so aku Tanya nurse tue “bila suami saya boleh masuk” “bila bb awk nak kuar nanti saya panggil ye”

Pukul 9.00 aku mtk tolong nurse tu panggil jugak my hubby masuk, masa tu aku dah sakit sangat2..kalau diikutkan nurse tu kata, suami hanya dibenarkan masuk bila ada tanda2 aku dah nak bersalin..tp sebab dia kecian kat aku,dia pi panggil jugak…

kul 9.30pg my hubby masuk..bila dia nampak muka aku yg dah pucat lesi menahan kesakitan..dia dah mula mengelabah..terus dia gengam tangan aku,kucup dahi aku bg semangat..baca ayat hembus kat kepala…urut situ..urut sini..

then aku suh dia panggil nurse coz aku rasa bb ni dah nak kuar..
bila nurse datang..terkejut diaorang coz kepala bb dah nampak..so terus dia buat persiapan nak keluarkan bb..tepat kol 9.45pagi dihari yang mulia, hari Jumaat, my first bb selamat dilahirkan dengan berat 3.3kg… sehari sebelum aku nak kena induce..Alhamdulillah lahirlah sudah puteriku…itulah first time aku tahu jantina anakku…


aku respect sangat nurse2 kat ctu..baik sangat..dia layan aku dengan baik sekali..dia pun terkejut coz kalau diikutkan,lambat lagi bb nak kuar,siap lagi dia kata “cepat ni bb awk lahir, mungkin sebab awak banyak sabar kot..xdengar pun awak menjerit,meraung sakit..mcm sesetengah orang tu..Allah pun senangkan kalau kita banyak bersabar kan” aku terus terenyum.. …thanks a lot pada nurse2 yg baik hati….

Begitulah pengalaman pertamaku melahirkan my little princess..semoga kakak akan dapat merasai bagaimana rasanya mama bertarung nyawa melahirkanmu..dan bagaimana kasihnya abah tatkala menunggumu dilahirkan…dan semoga kakak xkan melupai kami dan dapat membalas jasa kami sebagai ibu bapa dengan menjadi anak yang solehah kelak..Amin


Monday, June 22, 2009

Appeal ler pulak!!

Today surprisingly we got an APPEAL application from Plaintif for our previous taxation..

sebelum ni aku dah citer pasal kes ni bermula dengan preliminary objection raised by the Plaintif as per my story in http://khashfa.blogspot.com/2009/05/dengan-izin-puan.html

Then,upon hearing for decision…such preliminary objection has been struck out by the Court as per my story in http://khashfa.blogspot.com/2009/05/i-win-again.html

tup2 hari ni dia buat rayuan tuk keputusan tersebut…

I think this case is a small matter..nape ler nak buat rayuan..

saje jerk nak abiskan kos..erm…

masa pendengaran tuk keputusan haritu pun Puan Hakim dah cakap...this is a small matter..biasalah kalau dah kalah mesti kena kos…nape lak nak buat objection…

kalau diikutkan dia xnak je layan kes cam ni..remeh jerk..

aku juzz tersenyum jelah..nak buat camana…dah plaintif rajin nak buat submission..

xpasal2 nyusahkan aku plak nak cari kes tuk submission aku…

tapi xpe lah..at least keputusan memihak kat aku…

tapi sekarang…nak buat rayuan plak…

aku rasa kalau Puan Hakim dapat tahu…mesti dia gelak nyer…

apparaa...camni nyer loyer pun ada kaa..nama jerk senior loyer...kecian kat client dia,kena tanggung kos lagi...malang nyer sapa jd client dier..huhu

erm..watever lor…yang pasti lepas ni terpaksa ler aku bertungkus lumus mencari kes tuk buat submission…haiyaaaa

Saturday, June 20, 2009

alaa..cian anak mama..

malam sabtu lepas,aku discovered yg badan anakku yg sulung (kakak) panas...

aku terus pi jengok kt dalam peti, ubat demam masih ada..
so aku terus bagi jerk...

keesokkannya,panas badannya masih lagi terasa..mukanya lesu jerk..
lepas jerk mandi pagi tue,terus mintak selimut...tak pernah2 tdo nak selimut,alik2 mintak selimut..cian dia,sejuk agaknya...

then pagi tue sekali lagi aku bagi dia makan ubat n i promise dat kalau dia dh tak demam kami akan bawa dia pi main taman..terus jerk dia ceria...

petang tue..as promised..kami pi main taman...aku suruh dia main banyak coz nak bagi dia kuar peluh..nanti cepat sket sihatnya...

on de way balik dari taman dia cakap "mama,tengok kakak dah peluh dah,penat dah kakak" so aku cakap "oo kit agi,kakak dah tak demam lah"

masa my hubby mandikan dia malam tue, my hubby tanya "kakak nak demam lagi ke?" terus dia jawab "kakak tak nak demam dah"...then dia terus pi kat aku n kata "mama!! kakak tak nak demam dah" tersentuh hatiku mendengarnya,lalu aku ckp "kalau kakak xnak demam.kakak kena kuat n kena makan ubat" then dia terus mengangguk...

about 9.00p.m, aku rasa badan dia masih lagi panas..bila aku nak bagi ubat..dia xnak..
maybe da jemu agaknya, so terpaksa ler aku lapkan kepalanya dengan kain basah+daun bunga raya nak menyejukkan kepala...

Dr. kata bila tepi dahi dh sejuk,badan dia pun akan sejuk...

about half n hour aku buat gtu,tiba2 dia kata dia nak makan ubat...maybe dia rasa xsedap badan agaknya...so semalam kami bagi pelepasan dia tdo peluk mama...

hari ni kami bawa dia pi klinik...check suhu..
nurse cakap demam dia xteruk sangat..tapi dia leh nampak yg anakku masih lagi demam coz bibir dia merah n badan dia masih panas...

then dia advise us tuk bagi dia pakai baju nipis2,suh bagi haba kuar...mandikan dia bila badan dia panas sangat minum air masak banyak2 n makan ubat...

moga kakak cepat2 sembuh n leh main dgn bb lagi yea...

Tuesday, June 16, 2009

Warkah buat Suamiku...

Assalamualaikum abang!!!
21hb Jun ni kita akan meraikan dan menyambut HARI BAPA...hari sempena menghargai jasa bapa2..
so dikesempatan ini i wanna wish u,my beloved hubby:-


sesungguhnya selama 4tahun kita diijabkabulkan dan udah 3tahun menjadi seorang bapa kepada putera & puteri kita, abang telah menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami dan bapa dengan baik sekali...
seorang suami dan bapa yang penyayang...
selalu tolong ayang dalam menguruskan kerja umah...like;jemur baju..jaga anak2..memasak... :)
sangat memahami dan sabar dengan karenah isteri n anak2mu ini...
such a caring person...
n ayang rasa sungguh bertuah menjadi isterimu dan berbangga mendapat abang sebagai bapa kepada anak2 kita...tq so much my lovely honey...


so sempena menyambut hari bapa yang akan menjelang tiba ni..ayang dan juga mewakili anak2 hadiahkan kek ini buat abang...





erm..yummy2...
semoga kita akan terus kekal bahagia hingga keakhirnya...INSYAALLAH



ikhlas daripada: ayang, sofea & Talhah

Monday, June 15, 2009

LRT..jakun ler plak



arini aku da nak bertolak pulang from Kl..
walaupun aku sedikit terkilan coz xdapat achieve my client's target to winding up Responden nyer company, but aku hepi wif our holiday..
aku dtg sini last friday...
semalam aku pi jalan2 kat kl naik LRT n Monorail..saje wat jalan anak2 naik LRT...udah lama rasa nyer tak naik LRT ni...
cam jakun plak..hehehe..
aku rasa last aku naik masa tgh buat chambring kat Kl dulu,tahun 2006...
masa tu kenderaan rasmi aku ialah LRT..
yelah kat Kl tue...
kenderaan yang paling pantas utk ke tempat keje xder menda lain ler...tapi,memang memenatkanlah naik LRT waktu tue...diwaktu perut aku tengah memboyot bawa anak sulung..aku terpaksa jalan jauh2...tapi kang! satu jerk aku respek kat orang malaysia nih...
kalau dulu aku selalu jerk dapat duduk kalau naik LRT coz ada jerk orang prihatin bagi aku duduk..mayb kecian kot bile tgk perut aku yang sedang memboyot waktu tue...
then semalam pung,aku tetap diberi proirity n ada jerk orang bagi aku duduk coz waktu tu aku tengah pegang anak2...
time kasih ler banyak2 bagi anda yang prihatin tue...
then,about 5.00a.m..
kami bertolak pulang...fuhhss..
penat jugak pi jln2 dgn anak2 ni kalo tak bawa kenderaan sendirik...
malam nyer plak kami pi mines..
janji ngan kawan my hubby nak main bowling..saje jerk..
suke2..about 11.00p.m kami kuar pi makan2..
then about 12.00a.m kami balik umah..
da penat sangat2...n terus ZZZZzzzzzz....
so hari ni...keje da abis..
esok ada kes kt Kuala terengganu plak..
terpaksa ler balik kemaman..no enjoy2 lagi..

Wednesday, June 10, 2009

my husband...adik angkat..kawin

Yesterday adik angkat kpd my hubby kawin…erm…akhirnya…Alhamdulillah…

semoga kekal bahagia selamanya…tp kami xdapat pi coz umah dia nun jauh kat bachok,kelate..
lepas dpt jemputan dia tue (last 3day by phone call) ntah kenapa hati aku berbunga riang…riang sangat2…nape erk???


Maybe dah lama aku ternanti-nanti..bila ler dak ni nak kawin…

alkisahnya dak ni adalah budak sekolej ngan my hubby masa kat UPM dulu…n aku pun selalu gak jumpa dia masa pi sana..kuar pi jalan2 ngan dia..boleh dikatakan aku rapat gak ler ngan budak ni…budak nyer baik…

tapi ntah kenapa sejak first time aku jumpa dia dulu..hati aku xdapat menerima kehadiran dia as “adik angkat” kpd my hubby…

hati aku selalu tertanya2…kenapa perlu ada adik angkat…apa kelebihan/kekurangan kalau xder…muhrim tetap muhrim kan!!...

n jeles aku kat budak ni memang pelik…walaupun my hubby selalu kata yg dia xder paper ngan dak ni…dia anggap as adik jerk coz my hubby xder adik..

tapi aku tetap jeles…jeles yang amat sangat…maybe coz budak tu “comel” pada pandangan mata aku…comel dari aku…n bagi menghilangkan rasa jelesku..even before/after we have been merid…my hubby selalu kata “akulah yang paling comel dihatinya”

tapi hati pompuan lah katakan…tetap terdetik rasa cemburu…betul dak para2 isteri??? Selagi dia xkawin..apa2 pun bleh jadik..

so bila aku dapat tahu dak ni dah nak kawin…hati aku rasa cam berbunga2…hepi semacam…cam orang nak kawin jerk rasanya…

terus aku ajak husband aku pi kuar jalan2…walaupun masa tue dah lewat jam 10 malam…hehe…


wateve pung..aku tetap percaya dat my husband really-really LOVE me…n I feel dat way juz bcoz I also really-really LOVE U my hubby…semoga kita akan kekal bahagia hingga ke Syurga…INSYA ALLAH

...erm..internet..internet

almost 1 week line internet kat opis aku ni buat problem..
n about 1 week gak ler staff aku kelam kabut..mana yg xble nk print..coz printer tu pun bersambung ngan line internet...mana yg xleh nak update elds system...xtau instruction through website...
n almost 1 week gak ler aku xbukak blog ni..arrr windu rasa nyer...
so hari ni nak xnak terpaksa lor opis aku beli modem yg baru..
so dapat ler aku melepaskan rindu pada blog yg dah lama xberupdate ni...hehe...
and staff aku pung dah bleh nak berchatting(huhu...seorang boss yg bertolerasi) dakpe..nak chatting bleh..tp kerja janji siap...
wokey lah...aku nak stat tinjau kerja ler plak..nak check NOD yang masih berlambak atas meja ni...seeyaaa!!!

Wednesday, June 3, 2009

aku yang jelesss

sumer guru sedang bercuti sekarang nie...buleh balik kg..waaaaa jelesss nyer...itu r..dulu ibu suh amik cikgu,xnak...skrg ni...cikgu gok besh...asyik2 cuti...kerjaya cam aku ni..kalau nak cuti 2bln kena tambahkan femili lor dulu....ayyak!!! tableh,tableh...sekarang ni dalam tempoh "RESTING TIME" tgu anak2 membesor dulu...tapi aku rasa aku ni memang xde kredibility sebagai seorang pendidik...nanti asyik kena buli jerk ngan anak murid...even jd loyer pung,aku still maintain cute..hahaha...itu apa yg disuarakan oleh my client lor...ada ker patut diaorang kata aku ni sopan sangat,cakap lemah lembut...xder gaya loyer pung...diaorang igt sumer loyer ni garang2 ker..kerjanya asyik nak buli org ker...erm...wateve lor..yang penting kerjaya ni jerk yang aku termampu buat setakat ini ... kira bersyukur lor....tapi kang...aku still jeles lagi ni....ermmmm...waaaaaaa!!!!!!! aku nak cuti lama gakkkkk

Tuesday, June 2, 2009

sooo hot!!!! wassup???

Today, I,m so hot…not bcoz our air-cond is x functioning..but bcoz of…. “customer to our client”…actually my staff got a phone call from our client..marah-marah..katanya kitaorang xbuat keje… citer nyer cam gini…we have one case..his property is waiting to be auctioned at the land office…but..in the meantime, dia telah dapat settlekan dgn bank …n the bank has given us the instruction through website to withdrawn such auctioned on 25/5 but unfortunately our internet for last week was shutdown….so we do not know their instruction… and as a result the land office has comes out wif Form 16H [informing his land to be auctioned] and the thing dat become worst is…bile form tue telah ditampal dirumahnya…katanya telah menjatuhkan kredibilitynya dan menjatuhkan maruahnya…so dia sound our client..n our client sound us…huhu…so aku terus cal si pengadai ni…explain everything…but he don’t want to hear any explanation..katanya it juz our excuses..dia ingatkan kita saje2 nak reka cerita kaa..apparaaa…then dia kata nak saman malu…so…proceed ler if u dare[dalam hati jer kata gtu]..on phone aku cakap elok2…aku kata…aku kerja ikhlas..xde niat nak malukan orang,nak jatuhkan credibility orang…nak nyusahkan orang…aku kerja mengikut arahan..kalau aku dapat arahan supaya tarik balik…aku tarik balik kes…kalo xde,xkan aku nak memandai-mandai plak kang!!!...dah aku terima instruction lewat..apa aku nak buat..its beyond our control ler…then dia tanya aku lagi “since saya dah dimalukan,so wat your action now”…aku nak kata apa lagi.. “benda dah jadi,kita nak buat camana,kalo dah lama en settle kes ni,xkan jadi camni, so sekarang kita sign boring 16O utk tarik balik lelong je ler,dat it” takkan lah aku nak pi bagi announcement kat kampong dia plak yg mengatakan umah dia xjadi lelong…alaaa..orang lain berlambak jer kes kena lelong ni..xder apa nyer…tapi coz dia ni orang atasan,cam gtu ler lagaknya…lantak ko lah..yang penting…kita bertindak mengikut arahan…hehe…cau cin chao….

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin