Unique Frenz

Thursday, September 30, 2010

3 pertanyaan dijawab dengan 1 tamparan

petikan ni juga mama amik dr fb:

by syahirul.com on Tuesday, September 28, 2010 at 9:30pm


Sesungguhnya Allah mengurniakan akal kepada manusia utk berfikir dan mencari keredhaanNya...janganlah kerana akal kita tersasar (nauzubillah)..tapi gunalah akal utk lebih mendekatiNYA...amin...


*****************************************************************************************

Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

Tuesday, September 28, 2010

Pramugari Koma di tanah suci... MESTI BACA!!

citer ni mama petik dari fb:


by Mia Nursofiya Abdul Rahman on Sunday, September 26, 2010 at 6:59pm



Once mama dapat citer ni..terus mama share,tuk peringatan diri sendiri dan juga pembaca diluar sana...bukan kesahihan cerita yg ingin diungkaikan,tetapi ambillah iktibar dari jalan ceritanya...sesungguhnya tiada yg mustahil bagi Allah..

dan mama teringin sekali nk share cerita ini dengan artis2 kat luar sana yg dengan angkuhnya mengatakan bahawa selagi tiada keikhlkasan dihati, mereka xkan sesekali memakai tudung kerana mereka bukan hipokrik... Nauzubillah...apakah makna hipokrik dimata mereka apabila bercakap mengenai hukum Allah... adakah mereka akan mengatakan demikian didepan PENCIPTANYA dihari pembalasan nanti..TIDAK!! dihari tersebut hanya rayuan tanpa henti yg keluar dari bibir...percayalah!!!

Dan mama telah cuba postkan di FB artis yg mama dapat masuk-antaranya Lisa Surihani-mama harap dia akn baca dan menilai sendiri apa yg telah beliau cakapkan didada akhbar minggu lalu...dengan cerita yg akan mama paparkan...semoga beliau diberi hidayah....



****************************************UNTUK RENUNGAN BERSAMA*********************************

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Raya lagi ker???


Ni plak tema raya ketiga kami…merah uuu…

Kakak takut sgt kalo pakai baju warna merah..katanya nanti kena kejor lembu..hihi

Hari tu kami buat mini reunion kat umah mama…disebabkan mama & abah satu sekolah,makanya kawan abah dgn sendirinya kawan mama…para tetamu dijamu dgn bihun jer…abah goreng spesel taw..

Bila dh jumpa tuh..macam2 lar citer yg kuar..ye la..masing2 dah lama xjumpa..ada yg dh kawin..ada anak..tp yg still single pom ada lagi…moga cepat2 jumpa jodoh yer..

Selesai majlis, tu kami terus menuju ke rumah kak nik(kakak ipar mama)..anak nyer bertunang

Inilah kakak2 ipar mama..still maintain vogue..baju sama gitew..



Inilah orang yg diraikan..semoga berbahagia hingga keakhirnya..



Kek ni sama tema cam baju mama plak..hehe

Seperti raya pertama & kedua..hari ketiga pon raya sakan lagi...kumpul duit anak2..hehe..

asal je kami kuar..pasti malam baru sampai umah balik..ada je tempat nk dituju...dari umah sedara ke rumah cekgu ke rumah kawan2...semua pi beraya...kira isi minyak & peyutlah..

dan mama rasa raya ni paling besh kami jalan2...seminggu raya pon still lagi pi beraya coz mama memang cuti panjang..start 8hb-18hb...so..kami enjoy!!!

dan sekarang ni...kami kekeringan..hehe....dat y..segala mak nenek fail yg belum claim...keluar rak balik... :)

pape pun...kami gumbira....

Monday, September 27, 2010

Raya & Airmata (part 3)

Selesai solat jumaat mama bertolak menuju ke rumah adik-beradik belah abah plak…keluarga sana pon boleh tahan jugak ramainya…kira meriah jugaklah..dan mama bersyukur sebab semua keluarga sebelah abah dapat menerima mama seadanya…mama juga bahagia berada dikalangan mereka…

Walaupun mama xsempat mengenali ma & ayah abah,mama pasti sekiranya mereka masih ada,mereka jua akan gembira akan kedatangan kami…

Gambar kenangan dirumah ayoh chik-Sebahagian femili yg hadir…

Hari tu aktiviti kunjung mengunjung kami berterusan sampailah ke malam-boleh dikatakan kesemua sedara belah abah telah kami ziarahi…

POnattttt cecangat…

Balik rumah kami terus ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

























Haa..ni raya kedua kami.. bertemakan KUNING…

Baby xde dlm pic ni coz baby awal2 lagi dh kuar raya ngan cek su dia..sedangkan kakak masih belum lagi bangun tido…

On d way nk pi beraya



Dirumah sepupu baby belah abah..tengah main congkak




Besh taw kawasan rumah ni..ada kaw lapang tuk anak2 dia main..teduh..siap dgn buaian..tempat bersantai…hehe..mama suka..





Umah sedara mama..tgk baby tuh..dr sampai hinggalah nk balik..xsedar lgsg..penat sgt la tuh




On d way balik dr umah ayoh do,pasir putih (pak sedara belah abah)..tgk lah budak nangis tu..hehe..sebabnya pistol mainannya yg dibawa sepanjang raya tertinggal umah ayoh do..so nangis2 lah nk suh mama pi amik balik…bila mama janji nk beli lain..baru lah baby stop nangis…macam2..org lain raya dok kelek duit raya..bb raya dok kelek pistol..

Raya ke dua kami juga full hingga ke malam…sambil ziarah sedara belah mama..kami juga sempat ziarah sedara belah abah..untung gak kawin ngan org senegori ni..senang nk pi ziarah..kira sekali harung jer..hehe… nak balik raya pon xde gaduh2..kira every year dan selama2 nyer umah mama je..kan abah??? Hehe..

Begitulah kisah RAYA & AIRMATA kami kali ni…tapi raya kami xabes lagi taw…

Saturday, September 25, 2010

Raya & Airmata (part 2)


Raya dh basi..tapi baru sibok2 nk citer pasal pagi raya pertama…hehe..tapi…ada mama kesah?? TAK POM

Pic ni diambil pd pagi raya pertama yg berbahagia dan tema kami sebagaimana diatas:BIRU

niat dihati nk buat tema putih-tapi disebabkan persiapan dibuat disaat akhir2 ramadan,mama xjumpa plak baju yg seswai..huhu..biru pon birulah..OK wat?

seusai solat raya-as usual my big femili mengadakan gathering bersekali dgn meeting keluarga.

Meeting kali ni adalah yg paaaling bermakna bagi kami.

Nak taw nape?

Sebabnya; satu2 nyer abg su kami tiba2 muncul sehari sebelum raya utk beraya bersama2 keluarga di kg.

Taw tak..dah lama abg su xdapat pulang ke kg…dan kami amat merindui dan sgt2 mengharapkan kepulangannya..lebih2 lagi di hari raya ni..

Sebenarnya kan!, sepanjang bulan puasa..mama xputus2 mendoakan abg su agar dapat pulang beraya di kg…dan mama masih ingat on d way balik ke kg..mama masih lagi berharap agar doa mama diperkenankan dan mama hampir menitiskn airmata tatkala memikirkan abg su…

Dan sesungguhnya..bukan mama je yg mengharapkan demikian…tapi kesemua femili..Ibuku apatah lagi..

Berkat doa semua keluarga-tiba2 abg su muncul dikala mama tengah mengecat grill rumah (sehari sblm raya)..Alhamdulillah

Gathering cum meeting dimulakan lepas solat raya…kesemua keluarga berkumpul di rumah mek..MERIAH CECANGAT…

Sebelum meeting…sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya…


Bila kesemua keluarga dah berkumpul dirumah mek, meeting dimulakan dgn ucapan pengerusi majlis- abemme (abg ipar)

Dan seperti biasa akan dirasmikan oleh abg sulung (ABG ZAID)


Meeting yg telah diadakan..

Semasa ucapan abe zaid dimulakan-kedengaran suaranya mula sebak…xdapat meneruskan kata2..

Kesemua femili turut merasai kesedihan & keterharuan yg sama..

Antara ayat2 yg amat menyentuh perasaan adalah..

-rasa terharunya apabila abg su, akhirnya dapat pulang juga ke kg merayakan hari bahagia bersama2 kami-keperitan hidup yg dialami abg su-amat menyentuh hati kami-dan harapan abg zaid agar kami dapat sama2 merasai keperitan hidupnya..

-rasa terharunya apabila kesemua keluarga kami saling bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain

-kata2 nya yg membuatkan kami akan teringat arwah ayah dimana betapa bahagianya ayah sekiranya dapat melihat anak cucunya bersatu hati-part yg akan membuatkan setiap ahli keluarga menitiskan airmata

Pagi raya itu..disulami dengan suasana yg amat syahdu sekali..

Selesai ucapan abg zaid,meeting diteruskan dgn agenda majlis-iaitu ;

*menubuhkan majlis tertinggi keluarga yg baru

*menubuhkan yayasan femili-yuran tahunan & bulanan ditetapkan (khas utk membantu keluarga yg memerlukan-anak2 yg ingin masuk IPTA..dsb

*menetapkan tempat utk membuat femili day 2011

*mengekalkan majlis tertinggi utk program femili day

Setelah kesemua perkara berbangkit dikemukakan…ucapan selamat hari raya dari ketua keluarga dimulakan (part yg juga amat menyentuh perasaan dimana setiap ketua keluarga-termasuk ipar duai & menantu- bersyukur dapat bersama2 dalam keluarga besar kami-dan juga ucapan maaf sempena aidilfitri)

Sebelum berakhirnya majlis-salam ukhuwah diantara keluarga dimulakan diiringi dgn Selawat ke atas junjungan nabi S.A.W


Bagi mengakhiri majlis-satu presentation yg dibuat khas untuk mek oleh mama sendiri bagi mengenangkan jasa seorang IBU…

(xdapat nk upload kat sini-xtaw nape-tp sesape yg nk tgk-bleh tgk dlm fb mama yer..hehe)

Selesai majlis-sesi bergambar dimulakan

alamaks...kecik la plak pic ni..hehe

Inilah keluarga besar abe zaid-hanya 2 org dari anak2 nya yg belum mendirikan rumahtangga-dan anak2 kecil itulah cucu2 sedaraku-alamaks terasa tuwe plak dgn gelaran tok ngah..huhu


femili abe alim

Keluarga Abe sin-juga dh besar panjang anak2 sedara ku..semuanya panjang2 dr mak sedaramu ini..hehe..


femili abe ha-xsempat nk snap pic-semua dh ntah kemana-huhu


Keluarga Abg Do

Inilah Abg Su-yg mama ceritakan diatas

kak & femili

kak nah & femili

mah & femili

mamasofea &femili

adik ama & femili (yg bongsu)

anak2 pompuan mek


Begitulah berakhirnya-kisah mama dipagi raya pertama-airmata yg mengalir mengambarkan seribu satu makna-kesedihan,keterharuan jua kegembiraan..

SEMOGA KAMI AKAN DITEMUKAN LAGI DIHARI RAYA YG AKAN DATANG…INSYA ALLAH..

Saturday, September 18, 2010

Raya & Airmata (part 1)


erm..baru diberi peluang nk citer pasal raya..nk stat dr mana erk...

okeh..stat dari awal lah..pulang beraya ke kg..

planning nyer nk pulang rabu malam...tapi ntah nape tet
iba hati membuak2 nk balik awal...selasa malam...
cuti xapply lagi...tapi who cares??? hehe.
..
niat dihati hari selasa tuh..nk apply lor cuti ngan boss...
tp boss xmasuk..
so inform siap2 kt staff yg CIK K kite ni nk bercuti 4 de whole wee
k..jumpa 19/9 yer...

on d way balik terserempak le plak ngan bos di tangga...
*apa la bos ni..org sibuk2 nk balik..baru nk naik opis*

alang2 dah jumpa..inform terus nk cuti panjang...boss no hal nyer..
siap tanya "so,u xde 4 de whole week la" "a'aa" "
ok!" hehe..
respon yg bagus...lepas salam terus blah...

balik umah..siap2...bertolak balik ke kg....yehuuu
....


KAT KG PDG JEMAN:

(2hari sebelum raya)
-xde pape yg interesting tuk dibuat..just cari baju raya-selagi xraya,ada2 je yg xsiap... :)

malam tu excited dgr pengumuman raya-kalo2 dh raya khamis tuh..sib baik lor xraya lagi...ada masa lagi nk menambahkan pahala...

(1hari sebelum raya)
pepagi lagi memulakan misi mengecat grill umah mek serta kerusi antik mek
( kerusi yg telah berusia lebih kurang 24tahun..tapi kukuh taw kerusi ni..masih elok lagi kusyennya..hanya kayu nyer perlu dicat utk mengembalikan warnanya...kalo sofa jaman skrg ni..paling lama pom 5tahun bertahan..kan?? pasai tu lah sayang nk buang kerusi ni..hehe)

Malam tu kami iftar ramai2...syiok cecangat...penuh rumah mek...
disebabkan ramai sangat,kami decide just nk buat buka puasa secara buffet...
tapi kan..ntah camana..silap planning...makanan abis..& yg kedian xsempat makan nasi..so terpaksa lor tgu nasi dimasak lagi sekali..hehe

sesi bermain bunga api

lawak cangat baby..setiap kali bunga api dipasang..terdengarlah nyayian nyer
"hamat hayi haya..hamat hari haye" sambil memusing2kan bunga api sehingga bunga api abis menyala...action itu akan diulang2 hinggalah abis kesemua bunga api dipasang...comell

malam tu jugak kami bertungkus lumus menyiapkan nasi minyak tuk dihidangkan dipagi raya..
planning asal-nk bakar lemang-tapi buluh ngak ada
2nd planning nk bakar satay-tp xcukup kakitangan nk wat-kansellll
at last-my hubby decide nk wat nasi minyak

ayam pedas disediakan sendiri oleh my hubby..
*kacau bang! jgn xkacau..hehe


nasi disediakan oleh my sis:mah
*sori coz xsempat snap pic..huhu

gulai disediakan oleh mek
*juga xsempat nk snap pic

antara kakitangan yg membantu...kak & me

sangat berpuas hati dgn masakan yg dibuat-terima kasih pd sume yg membantu...

cerita di pagi raya akan disambung lain kali yer...nk wat keje plak..hehe

nota kecik: mesti korang tertanya2 kan (kalo ada yg tanya le)..xde kaitan pom tajuk diatas ngan entry ni..hehe sebenarnya citer tu ada kaitan ngan raya pertama..so kalo nk tahu kenapa...baca next entry yer...huhu


citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin