kerana surat perjanjian Nabi Sulaiman & Jin Ifrit, abah diganggu
Dalam TANYALAH USTAZ TV9 episod lalu (Jumaat-Ahad)…Ustaz Sharhan Shafie (Sinar Zamdurrani) telah membincangkan berkaitan SAKA,JIN & SIHIR…
Memang sangat menarik topic yang dibincangkan…banyak sangat info yg mama dapat..yelah
Di dalam Al-Quran juga…banyak ayat2 yg menyebut perihal jin & sihir…bak kata ust…JIN & SIHIR ibarat lagu & irama…aur dan tebing…dimana ada sihir…pasti pembawanya adalah JIN….
Dan antara info menarik yg mama dapat ialah…
Bagi mengenal pasti adanya gangguan jin & syaitan dalam rumah kita…
-dengar bunyi tapak kaki berjalan ditengah2 malam dikala kesemua ahli keluarga tengah tidur
-ketuk pintu ditengah malam
-bunyi orang menumbuk lesung
-bunyi orang main buah ting-ting
-bunyi orang mengalihkan barang2
Dan mama rasa banyak lagi la benda2 pelik2 yg sepatutnya tidak dilakukan oleh manusia diwaktu malam….sebab kata ust, jin akan bergerak aktif pada waktu malam…masa tulah dia nk bermain…memasak…berpindah….hurmmmm….
Selain itu jin juga boleh menyerupai binatang untuk memasuki rumah kita….dan yg paling disukai adalah menyerupai ular dan kucing…dan selalunya binatang ini akan berwarna hitam sebab jin suka akan kegelapan….
dan salah satu cara untuk mengenali ular jelmaan jin adalah….hitam…sisik terbalik dan mata yg berkelip….. (so,lepas ni…kalau binatang2 ini memasuki rumah kita…berhati2 le..sebab kita tidak digalakkan untuk memukulnya takut lagi akan memudaratkan kita dan ahli keluarga…cara yang paling baik adalah menghalau binatang itu keluar dengan cara yg baik….)
bagi menghindarinya ust telah memberikan beberapa potong ayat A-Quran untuk diamalkan dan juga bagi merawat dan membuang saka yg ada di dalam tubuh seseorang…..kalau nk tahu lebih detail…boleh dapatkan CD2 serta buku2 keluarannya yg telah pun diedarkan dipasaran….memang sangat menarik….
Dan antara lainnya mama sangat tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh ust berkaitan perjanjian NABI SULAIMAN A.S dengan Jin Ifrit…dimana pada ketika itu Jin ifrit telah pun berjanji dengan Nabi SULAIMAN A.S untuk tidak akan menganggu kaum adam…
Dan ust telah menyarankan agar diletakkan/digantung
Dan sekiranya kita ternampak jelmaan jin…eloklah kita baca doa ini dan serulah kepada mereka…supaya mereka akan ingat akan janji2 tersebut….dan of course hendaklah dimulakan dengan Al-fatihah dan Ayatul kursi….Insya Allah….sekiranya diizinkan Allah S.W.T…akan keluarlah jin itu…
Dan lepas tengok rancangan tu…mama cepat2 suruh hubby mama kufikan doa tersebut…

Tapi
Mama petik kata2 hubby mama dlm FB beliau:
“karya ni siap pada 2.58 pagi semalam...semasa proses resize image utk save ke Jpeg...utk di share ke dlm FB...terasa ada 'sesuatu' dibelakang...'rasa' yg amat kuat...seperti ada orang berdiri amat dekat dibelakang kita...sehingga bahu terasa berat...bulu roma seluruh tubuh meremang...tangan dan kaki jd 'serban'...sehinggalah dibaca Bismillah 5 dan ayat ini berulang2...baru terasa 'benda' itu menjauh...tp masih 'ada' memerhati...terus x jd nak upload terus semalam...tutup laptop n tido...maybe ada yg 'marah' kot :)”
Wuteve pun kita kena percaya…dia pun makhluk Allah….bermohonlah dariNya agar dijauhkan dari gangguan halus itu….
SEMOGA KITA AKAN TERPELIHARA DARI SEGALA KEJAHATAN TERMASUK YANG TERSEMBUNYI….INSYAALLAH
WALLAHUA’LAM
Comments