Unique Frenz

Wednesday, April 15, 2009

Mama...kenapa marah Pia???

Sekarang ni kakak sofea sudah banyak celotehnya..hingga tak terlayan kami nak menjawabnya…tiap kali balik dari kerja n on de way balik umah,soalan pertama yang dia akan tanya ialah “abah! Mana cakelat Pia” so terpaksa ler kami menyediakan stok seadaaya..kalau tak selagi tak ada cakelat..xmau turun dari keta ler jawabnya…then lepas tu, mulalah dia akan bercerita aktiviti dia kat tempat pengasuh…dia mandi ngan siapa..makan apa…main ngan siapa…mcm2 lah citer nyer…sekarang ni kami da xisau lagi nak tinggal kat tempat pengasuh coz dia makin ceria dok kat sana…

erm..masuk balik bab banyak cakap ni…sekarang ni kakak udah pandai tanya itu dan ini…dan soalan yang sering menyentuh hatiku sebagai seorang ibu ialah, setiap kali selepas dimarahi…dia akan datang kepadaku lepas nangis dan agak2 yang kemarahanku dah reda..dia akan tanya “mama! Kenapa mama marah Pia..” then aku terus tanya dia… “Pia tahu tak kenapa mama marah” and dia akan cakap setiap kesalahannya dengan setulus hati “ sebab Pia tolak adik ke..sebab Pia main bedak ke…sebab itu ke…sebab ini ke…” then aku akan menasihatinya agar jgn mengulangi lagi..n dengan perasaan bersalah dia akan mengangguk…begitulah setiap kali aku memarahinya…dan kadangkala untuk mengujinya,aku akan buat2 tak tahu bila dia datang untuk memujukku selepas dimarahi…tapi dengan perasaan sedih dan tangis dia akan memeluk dan mencium pipikku sambil berkata “Pia saayang mama… kenapa mama marah Pia” barulah aku akan membalas pelukannya…. Sesungguhnya menjadi seorang ibu banyak mengajarku erti kesabaran dan juga ketabahan.. aku akan cuba menjawab setiap persoalannya dengan kata2 yang lembut dan meyakinkan..kerana disaat beginilah anak-anak senang dibentuk kerana jiwa mereka masih lagi bersih ibarat kain putih yang masih lagi belum mengerti kehidupan yang sebenar… kuharapkan semoga kami akan dapat memikul amanah kurniaan Ilahi ini dengan sebaik yang mungkin…INSYAALLAH

Disini aku ingin kongsikan beberapa tip dari Robert D. Ramsey (dipetik dari MOM'S Collection) yang boleh dijadikan panduan untukku dan juga ibu-bapa dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya…

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai anak takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat anak.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terrdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anak saya sendiri untuk butangkan baju dia, berapa kali saya kena ajar..baru dia boleh buat sendiri n sekarang ni dah expert.. Jgn cepat fed up dan marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Tapi anak saya belum pandai lagi ler menceritakan kisah mimpi dia..maybe dia pun tak tahu yang dia bermimpi..

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..yang ni ada ler sekali sekala praktiknya..terkadang terlupa..hehe..

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita


So..SELAMAT MENDIDIK ANAK-ANAK... :)

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin