Unique Frenz

Sunday, April 19, 2009

"masuk neraka..tetap pangkah BN"

Beberapa hari lepas, my hubby menceritakan bahawa seorang ustaz didalam tazkirahnya menyampaikan rasa terkilannya terhadap seorang pakcik yang ditemuinya di sebuah kampung…antara bait-bait kata yang membuatkan ustaz ini terkilan ialah “pakcik ni kalau masuk neraka sebab pangkah BN, dan ditakdirkan hidup semula,pakcik tetap akan pangkah BN”…sambil mengucap panjang ustaz itu terus berlalu tanpa berkata apa2 dikhuatiri lagi banyak pakcik ni bercakap…akan lari akidahnya….. Ya Allah…sungguh mudah kata2 itu dikeluarkan..tapi adakah kekuatannya benar bagai dikata….disini saya bukan ingin mengatakan bahawa orang yang pangkah BN akan masuk neraka..tetapi sebagai seorang ISLAM yang telah diberikan akal fikiran, kita mesti boleh berfikir pemimpin mana yang berusaha menegakkan syiar ISLAM… berhati-hatilah bila berkata kerana setiap apa yang diperkatakan akan dicatatkan..JANGAN KERANA MULUT BADAN BINASA… sekiranya pakcik ini diberikn besi panas semata2 untuk pangkah BN, sanggupkah pakcik ini memegangnya???…saya rasa pakcik ini tidak akan sanggup even dititiskan lilin panas sekalipun… apatah lagi api neraka yang mana jika seluruh api dibumi ini dikumpulkan hanyalah setitis sahaja dari api neraka.. NAUZUBILLAH..
Saya teringat kisah seorang ahli sufi dimana apabila digoda oleh seorang perempuan untuk melakukan zina…ahli sufi ini pada mulanya tidak dapat menahan nafsu terus membakar salah satu tangannya..dan apabila menyedari bahawa dirinya tidak dapat menahan kepanasan api tersebut..lalu dia terpikir, macamana dia ingin menahan api neraka kelak..lalu dia terus bertaubat memohon keampunan dari yang ESA…
Sesungguhnya manusia kini lebih senang untuk mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir apakah kesan dari kata-kata tersebut…. Ada kata2 yang diperlukan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan..oleh itu berhati-hatilah bila berkata..semoga kita akan beroleh keberkatan darinya..semoga setiap kata2 yang kita lafazkan selama ini tidak akan mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T….INSYA ALLAH.

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin