Unique Frenz

Wednesday, July 15, 2009

MIMPI YANG DIIMPI & DINANTI...

sebenarnya sudah lama kami ternanti2..

adakah kami akan bermimpi sebagaimana yang diharapkan???

kalau ya,siapakah diantara femili kami yang bakal dianugerahhkan tuhan untuk bermimpi sedemikian???

dan bagaimanakah kesudahan mimpi tersebut???

semuanya menjadi tanda tanya sehinggalah pada suatu hari kami dikhabarkan bahawa "kakak Saniah" kakak kami yang sulung yang telah terpilih untuk bermimpi sepertimana yang diimpikan...

kisah mimpi ini bermula dari cerita http://jalinanmesra.blogspot.com/2009/01/sijil-tikar-sejadah-dan-air-wangi.html

Alhamdulillah selepas kira2 7bulan menanti..

(disurau selepas menunaikan solat Asar...kakakku tersedu2 menangis...kehairanan melihat kakakku tiba2 menangis,kawannya terus bertanya..apa yg membuatkan kakakku menangis...lantas kakakku mengatakan bahawa dia tiba2 teringatkan MIMPI yang dialaminya malam tadi lalu menceritakan kepada kawannya)

"waktu itu kakakku sedang menunggu untuk menjemput ayahku yang pulang dari Mekah di airport...kelihatan kelibat orang ramai yang gelap pada pandangan mata kakakku..tiba2 kakakku nampak seseorang yang begitu bercahaya dengan wajah yang berseri2 datang menuju kearahnya...kakakku terus menolah kearahnya lantas menjerit kegembiraan "ayah! ayah!...comelnya muka ayah...putihnya muka ayah" lalu terus memeluk ayahku dan mengusap2 wajahnya seumpama anak yang sudah lama menunggu kepulangan ayahnya...ayahku hanya tersenyum tanpa sepatah kata...walaubagaimanapun saat yang indah itu hanya beberapa ketika...ayahku terus hilang pada pandangan mata dan kakakku terus tersedar dari mimpinya"

selepas itu,kakakku seakan terlupa akan mimpinya sesudah bangun dari tidur sehinggalah dia mengingatinya kembali selepas selesai solat asar...

disebabkan terlalu gembira berjumpa ayahku dan terharu dianugerahkan tuhan untuk mengalami mimpi tersebut...kakakku tersedu2 menangis..

Alhamdulillah,walaupun aku cemburu kerana tidak terpilih,tetapi kami amat gembira dengan mimpi tersebut...

mudah-mudahan Allah akan tempatkan ayahku dikalangan orang2 soleh dan beriman..

"YA ALLAH! SESUNGGUHNYA ENGKAU PELIHARALAH AYAH KAMI DAN KASIHANILAH DIRINYA SEBAGAIMANA DIA MENGASIHANI KAMI SEMASA KAMI KECIL..AMIN YA RABBAL ALAMIN"



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Nukilan,

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin