Unique Frenz

Saturday, March 6, 2010

Beginikah sikap pegawai kerajaan????

last week aku ada one matter dekat court...sampai court aku terus pi check file kat one of d interpreter...


"akak,saya nk check file saya"


"kenapa,no kes?"


"saya ada filekan affidavit penyampaian,dah ada dlm court file ke?"


"xde,saya dah masukkan kes awak ni dalam SNS punyer list"


*pd yg xtahu,kalau SNS ni,means kes kita xkan dipanggil,hanya akan ditetapkan next date


aku terus merunggut dalam hati..xkanlah nk amik next date,aku datang dari jauh..kalau dekat xper..


"erm! saya dah failkan 2hari lepas..by courier"


"owh! xsampai lagi lah tu"


"tapi selalunya kalau courier, dalam negeri sehari je sampai..means semalam dah sampai"


"kalau semalam sampai,orang xkan sempat nak masukkan dalam faillah tu,tapi saya rasa xsampai lagi" kata pegawai itu...


aku tetap xpuas hati... "erm,kalau saya pergi check..boleh tak?"


"awak nk check kat mana?..pergilah kalau jumpa" dengan suara yang tinggi dan bongkak pegawai tu bertanya...


semua lawyer2 disitu memandang...tapi aku buat xtahu je..apa yang aku nak,kes aku dipanggil hari tu jugak,xnak dipostponed...


"boleh dok kalau saya nak pi check ni" aku bertanya...


"pergilah!!"


"kat mana kalau nak pi check ni"..aku tetap bertanya dengan nada yg sopan...


"kat bawah..tingkat satu" katanya tanpa memandangku...


aku terus menuju ke tingkat bawah...




Di kaunter bawah:


"saya nak tanya...kat mana saya nak check kalau dokumen yang saya failkan dah sampai ke belum?"


"dokumen apa??"


"saya ada failkan affidavit penyampaian 2hari lepas by courier,nak tahu dah sampai belum"


belum lagi check pape..staff tu mula berkata.. "owh! kalau courier,xsampai lagi lah tu.."


"tapi kalau dalam negeri,saya rasa sehari je dah sampai" kataku


"awak pergi check kat atas..ada tak?" katanya dalam nada tegas..


"kat atas tu kat mana"


"tingkat 6"


"owh..tingkat 6..tapi saya dari atas lah tadi..tapi diorang check xde lagi dalam file"...kataku masih dalam nada sederhana...


"kalau xde..xsampai lagi lah tu.."


"kat mana lagi saya boleh check??" aku masih lagi xberpuas hati...aku rasa memang kompom yang dokumen tu sepatutnya dah sampai..


"cuba awak check kat sebelah"..katanya...




aku terus pergi ke kaunter sebelah...bahagian penerimaan dokumen...




dikaunter sebelah:


"saya nak check,saya ada filekan affidavit penyampaian 2hari lepas,dah ada terima ker?"


"awak baru hantar 2hari lepas..xterima lagilah" katanya..


aku still mengulangi ayat2 diatas.. "saya rasa kalau dalam negeri, sehari dah sampai"


"kalau sampai akan ada dalam trail ni...tapi cuba awak tengok dalam trail ni..xde kan..cuba awak check kat sebelah"


"dari atas saya disuruh check kat bawah...dari kaunter bawah saya disuruh check kat sini...dari sini saya disuruh check kat sebelah" kataku tanpa meninggikan suara walaupun didalam hati.. Ya Allah...kenapakah?????


staff tadi terus bersuara"yelah,kalau sampai kat sini,kita akan letak dalam trail..kalau xde dalam trail..maknanya dah ada orang amiklah tu..awak xcuba cari kat atas ker??"


aku dah mula cuak... "possibility kat mana lagi saya boleh cari kat mana dokumen tu,saya dah check kat atas tadi..memang xde??"


lepas itu..one of d staff mula check dalam file rekod...


"owh!! awak punyer file dah sampai petang semalam..sekejap erk" katanya dalam perasaan gugup...


tetiba... "owh,dokumen awak ada kat sini..petang semalam baru sampai,tu la pasal xde dalam fail court lagi"..katanya...


aku tersenyum kelat..kalau dari tadi diaorang check..apa salah nya..ini tidak..dibuatnya aku seperti bola..sepak kesana..sepak kesini...masing2 nak lepas tangan..


"abis tu awak nak buat camana ni" kata staff kat situ..


"xperlah kak..biar saya sendiri bawak ke atas..letak dalam court file"


aku terus bawa dokumen itu naik ke atas..dan tanpa perasaan bersalah pegawai diatas itu menerima dokumen yang aku berikan....


finally kes aku dapat juga dipanggil....and JUDGEMENT HAS BEEN RECORDED AGAINST DF...



aku pun xfaham macamana pegawai kerajaan ni bekerja..aku rasa mereka sepatutnya kena attend satu course how to treat ors people in a good manner like this...
aku xmenyalahkan dan mengatakan kesemua pegawai kerajaan bersikap demikian..tapi aku rasa disebabkan sikap segelintir itu lah yang menyebabkn kesemua pegawai kerajaan dipersalahkan...bab kata orang kerana nila setitik..rosak susu sebelanga....diharapkan selepas ini xkan ada orang lain yang akan menerima nasib sepertiku...


1 comment:

Anonymous said...

xtahu nak cakap ape...

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin