Unique Frenz

Monday, May 17, 2010

Careless nyer loyer itu...


Tadi, ak ada bicara kat Mahkamah Sesyen Kuantan…sesampai di sana ada sorang loyer ni…wahhh.. kan main lagi dia awal…sblm kul 9 dah sampai court..tatkala interpreter masih lagi nak menyusun fail..tatkala loyer2 lain masih lagi terkedek2 dijalan raya…tatkala saksi2 masih lagi berlegar2 diluar mahkamah..loyer ini telah pun sampai dalam Mahkamah…dari penampilannya..wah,bersemangat benar dia nak proceed case…

Sesampai je dlm court, dia terus menuju ke meja interpreter..

“wah!! Banyak kes bicara harini?” soalnya.

“erm,banyak jugak” jawab interpreter itu tanpa memandang wajah si loyer itu.

“erm,biasa nya kalau bicara tuan ikut turn ker?”

“xjugak,tengok loyer mana yg hadir dulu. Awak ada kes bicara gak ker?”. Interpreter itu menyoal balik.

“erm..ni no kes saya?”

Interpreter mula tercari2 fail yg dimaksudkan.

“erm,fail awak xde kat sini ni,xpe..nanti saya kol staf mahkamah”

Tetiba interpreter tu bgth yg fail loyer ni dah “STRUCK OUT”

Hah!!...loyer itu mula tercenggang…terkejut..

Dari riak wajahnya..ku tahu yg bermacam persoalan bermain dalam benak hatinya…

“kenapa boleh jadi camtu?” Tanya si loyer itu kepada interpreter tadi

“kes awak telah ditetapkan semalam dan hari ni..tapi sebab awak xdatang semalam..tuan dah buang kes awak..kenapa awak xdatang semalam”

“eh! Biar betul,kes saya hari ni dan esok lah”

Terkulat2 si interpreter tu membelek2 fail rekod…

“betul,kat sini rekod kes awak semalam dan hari ni..nanti saya cari satu lagi buku rekod”

Setelah dibelek2 buku rekod itu “haa..betullah”

Haih, camana lar loyer tu buat kerja…careless nyer…ntah pape…ada ke patut silap catit tarikh…ini mahkamah lar..bukannya keje kat tepi jalan yg boleh dibuat sesuka hati..buleh wat silap sesuka hati…terima lah padahnya nanti…sudahlah hakim tu terkenal dengan ke “bekengan” nya itu…huh!!

“alaa..camana ni..saya rekod dalam diari saya hari ni dan esok..saksi pun datang hari ni..”

“awak cuba lah cakap dengan tuan..kata awak tersilap dengar..tapi kebiasaannya susah tuan akan reinstate balik..tapi awak cubalah”

Si loyer itu mula xsenang duduk…muka yg agak terkejut…risau…bersalah…

Masa tu loyer2 lain dah mula masuk mahkamah…and sume loyer sudah tahu akan kes loyer itu…

Tapi memasing bagi nasihat suruh fail balik saman…biar interpreter…polis mahkamah…dan juga loyer2…maybe sume orang kesian dekat loyer ini yg mula mengelabah..xkeruan

“sebenarnya saya xkisah kalau tuan nak marah saya..tapi saya kesiankan client saya..kesiankan saksi saya,datang dari jauh..dahlah saksi saya susah nak bg kerjasama…selepas dipujuk rayu..barulah dia sudi hadir..camana saya nak explain kat dorang” si loyer itu mula bersuara perlahan…sedih dan perasaan bersalah memang jelas di wajahnya..

“alaa…awak buat muka semanis2 nyer..senyum lebar2 kat tuan..doa agar mood tuan baik hari ni..” celah seorang loyer

“a’aa..awak kenyit mata sket..tuan bagilah tu” sampuk si interpreter sambil tersenyum..

Mungkin mereka sedaya upaya untuk membuat hati si loyer itu kembali tenang dengan lawak jenaka itu…

“tapi tuan benarkan ke tak agak2 nyer?” si loyer itu masih lagi curiga..

“saya rasa memang susah..xpe..nanti saya pergi bincang dgn tuan..tapi saya rasa kan lebih baik awak file afresh jerk..lagi senang…dan cepat..awak dah ada kesemua dokumen kan…haa..awak filing je semua…then court akan bagi date baru utk bicara..xsampai sebulan je..lagi cepat dan selamat” kata interpreter yg baik itu…

“a’aa..betul tu” sampuk polis mahkamah tadi…

“tak pun awak bincang ngan loyer df…rekod consent judgement..saya rasa lagi senang”

Loyer itu nampak keberatan utk nk settlekan kes itu sebab dia bgth bhw loyer df nak settle sikit sangat…xberbaloi katanya…

Tapi kalau xsettle hari ni..of course loyer df akan object tuk next date…si loyer itu mula serba salah…nak buat rayuan @ nak fail saman baru @ nak rekod penghakiman persetujuan on 50-50 liability….

APAKAH TINDAKAN SI LOYER ITU SETERUSNYA….adakah dia decide tuk buat rayuan dan akan dibambu kaw2 oleh tuan hakim..adakah dia akan menangis teresak2 kerana dimarahi..atau dia telah setuju untuk rekod persetujuan walaupun amat mendukacitakan clientnya itu...dan atau dia dapat reinstate balik saman dan balik dengan suka hati....nantikan episode yg akan datang..ak dah nk kuar makan…

beginilah contoh rupa akan si loyer itu...yg dh xtahu apa lagi yg nak diperkatakn...wajah yg penuh rasa bersalah

2 comments:

desperate mama said...

hehehehe... tak sabar menanti tindakan si loyer itu... cepatla update.,..

ummisofea... said...

wakaka...

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin