Unique Frenz

Sunday, October 31, 2010

Adakah aku tidak bersyukur?????

Uolls penah tgk tak citer UP…besh gak ler citer tuh…tersangatlah menyentuh perasaan..

betapa kasihnya seorang suami pada isterinya no matter wut…

sebenarnya dia berkenalan sejak dari kecik..hinggalah kahwin…hinggalah tua….hinggalah saat nk meninggal…sayang xpernah pudar…still romantis…aii like it..even selepas isterinya meninggal…segala barang kepunyaan isterinya dijaga rapi…tersusun…

yg paling menyentuh perasaan bila seseorang terlanggar letter box yg dibuat oleh isterinya lepas kawin…

nilah letter box yg dimaksudkan..comelkan isteri dia..hihi

terus je..dia tersentap..lantas tanpa disangka2 dia pi hentak kepala orang tu dgn tongkatnya sehingga berdarah…unpredictable sebenarnya..tapi maybe dia terlalu sayangkan barang isterinya hingga dia boleh hilang pertimbangan…sayu je tgk muka dia…touching sgt2..

Actually citer dia sebenarnya berkisarkan keazaman suaminya utk memenuhi hasrat isterinya semasa hayatnya…kalo nk tahu apa hasrat isterinya..uollls tgklah sendiri citernya…

camana rumah dia leh terbang....

apa kaitan dia ngan budak tu...


kan citer lebeh2 kat sini kan xbesh plak korang nk tgk..tul dak???

Lepas je tgk citer dia..terasa bahagianya kalo dapat suami cam tu…still romantis,walaupun dh tua...sayangkan kita hinggalah sampai mati..sanggup buat apa saja demi memenuhi hasrat isterinya…walaupun isterinya sudah meninggal dunia…

Tapi kan, bilamana hati mama terdetik camtu…

mama jadi terpikir…adakah mama masih belum bersyukur????...adakah suami yg mama miliki kini masih lagi xsempurna dimata mama???…adakah masih lagi xcukup lagi kasih sayang yang dia curahkan utk mama???

Sedangkan:

  • Lelaki itulah yg selalu buatkan susu utk mama
  • Lelaki itulah yg selalu buatkan ayam masak pedas dan ikan masak kicap kegemaran mama…
  • Lelaki itulah yg hantar & amik mama pi kerja…
  • Lelaki itulah yg selalu menadahkan telinga mendengar cerita mama tatkala pulang dr kerja…
  • Lelaki itulah yg selalu menceriakan hati mama…
  • Lelaki itulah yg memberikan zuriat utk mama…
  • Lelaki itulah yg selalu berada disisi mama tatkala mama sedih…
  • Lelaki itulah yg menjadi imam sembahyang kami..
  • Lelaki itulah yg selalu bawa kami jalan2…
  • Lelaki itulah yg menjaga anak2 mama…
  • Lelaki itulah yg xpernah meninggikan suara pd mama…

Dan segalanya diatas LELAKI itu…

ADAKAH MAMA MASIH BELUM BERSYUKUR????

Mama akui bahawa setiap orang ada kebaikan dan juga keburukan…dan begitulah juga "lelaki" itu…kadangkala kita terlalu inginkan kesempurnaan dr pihak lelaki itu tanpa memikirkan bhw dia telah cukup sempurna utk kita...dan juga tanpa memikirkan bahawa adakah kita juga sudah cukup sempurna untuknya.....

Tapi apa yang mama tahu bahawa mama sgt bertuah memilikimu…dan mama sangat bersyukur dipertemukan jodoh dgnmu…Semoga kasih sayang kita kan kekal hingga ke Syurga..dan izinkan ayg menjadi bidadari hidupmu sehingga syurga mananti..INSYAALLAH…

ABANG! KETAHUILAH BHW ABG SUDAH CUKUP SEMPURNA BG AYG….

3 comments:

desperate mama said...

owh... suka sungguh suka melihat anda berdua... puan khasiah ni memang romantik orangnya... i like!!!!!

ummisofea... said...

sume pasangan romantik sebenarnya..cuma cara expressi berbeza2...kan!!! hihi

ummisofea... said...
This comment has been removed by the author.

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin