Unique Frenz

Sunday, October 24, 2010

Bila Artis bersuara...

Terkadang mama terfikir...artis ni bila bersuara..owh..sungguh pandai...bijak..petah...ya...dari segi percakapan..memang dilihat begitu...tapi dari segi perisian... O ...ya! kosong...dan kadangkala jiwa boleh tersentap ketika mendengarnya...

Ucapan Alhamdulillah..Insya Allah...Astarghfirullah...tidak pernah lekang dari mulut tika berbicara...

Tapi adakah sesuai apabila ucapan Alhamdulillah diucapkan apabila beliau memenangi sesuatu acara nyanyian ataupun lakonan yang jelas bertentangan dengan syariah...lebih2 lagi apabila ianya diucapkan oleh mereka yg memakai pakaian yg seakan-akan "bertelanjang"...TIDAK BUKAN!! malahan ianya boleh dikatakan suatu penghinaan bagi kalimah suci itu..

Dan sesungguhnya kehadiran mereka inilah yang telah merubah ramai jiwa para remaja..malahan kanak2...kononnya...up to date... Nauzubillah..mintak dijauhkanlah dari kalangan keluarga kami...

Dan sebenarnya mama nk bercerita mengenai artis yg boleh dikatakan popular ini...sesungguhnya mama tersentap apabila membaca kenyataan beliau...sungguh!! benar2 tersentap...sungguh nipisnya iman di dada...sungguh jahilnya akan hukum Allah..

dan inilah manusia itu yg mama maksudkan itu...kenal bukan????


sungguh cantik apabila bertudung....tapi adakah bertudung itu dianggap kewajipan sebagai seorang islam atau kerana kecantikkan semata2....

ikutilah penjelasan beliau.....



Baru-baru ini Kak Pah dilihat bertudung dalam satu majlis amal.

Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya? Ini kata Kak Pah:-

Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi.
Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak,
jadi Kak Pah pakailah tudung.
Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung,
Kak Pah tak boleh nak jawab.

Astargfurullah Al-Azim...

Bukankah itu kata2 yg terbit dari seseorang yang jahil tentang agama


Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung.

Sebab itu semua kena datang kerana Allah.
Bukan sebab kerana terpaksa atau
kerana desakan mana-mana pihak.
Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah.
Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).
Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila
Kak Pah dah betul-betul bersedia
dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa.
Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit.



Sumber berita dari Murai.

HIPOKRIK????

ADAKAH MEREKA SANGGUP HIPOKRIK DI DEPAN ALLAH NANTI?????


ADAKAH JAWAPAN ITU SEKADAR UTK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI ATAU MEMANG MENAFIKAN HUKUM ALLAH...????


tepuk dada...tanya selera...


Ya Allah...peliharalah kami dan juga keluarga kami dari golongan yang boleh menyesatkan kami dan melalaikan jiwa kami...Amin Ya Rabbal Alamin




2 comments:

Unknown said...

heran ek..anak dia pi antar blajar agama tinggi2 sampai mekah..dia sendiri macam takde otak..huhuhu..

ummisofea... said...

ermmm..gitulah kalo namanya artis..kalo ada yg bersuara kata artis ni xleh dijadikan ikutan...marah..hhishh

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin