Unique Frenz

Monday, October 25, 2010

Padah asmara atas kayangan

[SH]DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri. Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni untuk Tingkat 6 apartmen terbabit. Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian. Dalam kejadian di Blok E, Apartmen Lestari di sini tengah hari semalam, mangsa dikatakan cuba melarikan apabila kegiatan sumbangnya bersama tiga remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dihidu penduduk. Terdahulu mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen dan naik ke tangki air yang terletak di Tingkat 7 bersama tiga remaja lain. Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditahan manakala dua yang lain sempat melarikan diri. Sinar Harian difahamkan, remaja lelaki tersebut pernah ditahan polis sebanyak empat kali atas pelbagai kesalahan dan dibuang sekolah kerana masalah disiplin Ketua Blok E, Arbiishah Basir berkata, kumpulan remaja berkenaan sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan nafsu. Menurutnya sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan remaja berkenaan, dia bersama ahli jawatankuasa blok bergegas ke lokasi. ”Jalan masuk ke tangki air itu berkunci jadi kami gegarkan pintu utamanya , jadi mereka panik terus lari dan cuba turun melalui balkoni,” katanya. Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke kawasan tangki air tersebut menemui kondom, coli dan seluar dalam membuktikan kawasan tersebut sememangnya menjadi lokasi maksiat. Pengurus Bangunan, Maznah Mohamad berkata, kawasan tangki air itu sememangnya lokasi popular melakukan maksiat. ”Kita memang kunci pintu laluan utama ke tangki, tapi mereka masuk melalui melalui celah tangga,” katanya.

..............................................................I'm speechless..........................................................................

3 comments:

Wan Amira said...

maut di tangan tuhan kan..

Anonymous said...

aduii...baru setahun jagung!

ummisofea... said...

Nauzubillah...

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin