Unique Frenz

Thursday, November 11, 2010

Bila Dr. xjadi Dr...yg tinggal hanyalah fadzli

Bila terbaca Berita harian semalam (11/11/10) mama terkejut bila dikatakan bahawa status Dr yg dipegang oleh Fadzli Yaacob diragui...

Apehal lak ni..selama ni.. heboh gak la org dok canang bahawa Dr fadzli adalah seorang penyanyi yg educated..yelah...xramai artis kita yg ada phd cam dia..siap boleh bukak kolej lagik...

tup..tup...kuar berita bahawa statusnya diragui...

Ikuti berita selanjutnya yang mama petik dr sini

http://mstar.com.my/archives/2010/11/10/mstar_hiburan/fazley.jpg

PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul… saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

Sumber – mystar


Nota kaki: siapa yg menipu sebenarnya...fadzli @ EBS...ntah ler....

No comments:

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin