Unique Frenz

Monday, November 8, 2010

Hukum Main Kutu


Mama tergerak utk mengetahui hukum main kutu..sebab sebelum ni mama ada juga terdengar desas desus mengatakan main kutu ni haram disisi Islam...mama xtaw apa reasonnya..sebab kalau dilihat pd cara mainannya, xada pun isu gharar atau riba disitu...So..lepas mama search kat tenet...mama terjumpa huraian yg dibuat oleh ustazah Azimah..semoga kita manfaatkan ilmu ini bersama2...


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Berdoalah kita semua agar hidup kita, kesihtan kita rezeki kita akan bertambah dan tercapailah hajat kita pada tahun ini InsyaAllah.

Suka ustazah pada kali ini berkongsi tajuk “HUKUM MAIN KUTU”

Pengertian main kutu ialah sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.

Hukumnya menurut Islam , pada hukum asalnya ialah ‘HARUS’ kerana permainan ini boleh dikatakan dapat membantu sesama rakan.Dan duit yang kita dapat itu ialah duit kita sendiri sebenarnya. Bermakna setiap bulan ahli, kumpulan akan menyumbangkan pinjaman dan wang itu akan kembali kepada kita setelah giliran kita sampai pula. Kekadang jika kita simpan sendiri tk sempat duit tu banyak kita dah keluarkan…

Jadi sebelum kita memulakan permainan ini hendaklah kita mengenali ahli kumpulan yang menyertai permainan ini, pilih seorang yang akan jadi ketua dan orang itu hendaklah amanah. Sebaiknya semuanya dicatat atau ditulis dan direkodkan.

Benarkah melakukan cabutan pada setiap bulan kerana ini mengandungi unsur2 judi atau menjadikan ianya sebagai cabutan bertuah??.

Kita lihat jawapan dari ustaz Zaharudin.net

Pendapat Ustaz Zaharudin :-

Tepat sekali, permainan ‘kutu’ akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas ‘undian’ atau disebut dalam bahasa ‘Arab sebagai Qur’ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulannya:-

Sebaiknya semasa mula2 mencari ahli untuk aktiviti main kutu ini, kita tetapkan terus pada bulan berapakah ahli hendak menerima giliran mereka berdasarkan keperluan mereka masing2 dAan juga jumlah wang. Ini juga berlaku kepada ustazah dan rakan2 lain di sekolah yang mana ‘kepala kutu’ akan merekodkan siap2 bulan, jumlah dan nama penerima wang kutu itu.

Alhamdulilah, cuba bayangkan jika kita pinjam dgn bank pun ada interest jugakan walaupun pembiyaan islam tetap juga ada upahnya. jika main kutu bersih sebersih2nya dari semua itu.

Wassalam

-ustazah azimah-


*DIHARAPKAN DENGAN HURAIAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MENGHURAIKAN PERSOALAN YG BERMAIN DI MINDA KITA SELAMA INI..SELAMAT BERAMAL*



2 comments:

ainzuryn said...

saya dah main kutu bersama pakcik2 dan makcik2 saya dah hampir 10 tahun bersambung2 tapi tak pernah ada masalah pun.

ummisofea... said...

sebenarnya isu ni dibahaskan bila kerajaan mengeluarkan undang2 bahawa main kutu salah disisi undang2...tapi itu mengikut undang2lah dikhuatiri berlaku ketidakadilan ataupun pecah amanah...tapi yg penting disisi Islam..diharuskan bila yg main tu boleh dipercayai...ramai je yg konfius pasal isu ni

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin