Unique Frenz

Monday, January 17, 2011

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

Salam,

Walaupun mama bukanlah peminjam PTPTN,tapi atas dasar ingin berkongsi ilmu…mama terdetik hati utk publish kan artikel ini utk tatapan pembaca diluar sana… dan ianya hanyalah pendapat peribadi si penulis dan semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama

sumber asal:http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656







1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atastopeng Syari`ah.


ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

P/s;walau apa pun utk mendapatkan pandangan dr sudut islamik..mohon rujuk kepada ulasan UZAR disini http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

wallahu'alam

6 comments:

aanie said...

betul...sy setuju..mmg helah...lgpn 1% hanya akan dikreditkan blk bila kita dah hbs bayar...nnti nak kena isi borang pelepasan and so on lg la br dpt blk duit tu..tp tu la, nak mtk duit blk bukan senang kan???
fikir2 kan...kami bukan along..kami hanya mau tolong...

ummisofea... said...

annie: ramai je yg saya dgr merungut lepas amik...cam kena bayar lagi banyak then yg xamik lagi sekarang dh mcm ragu2 plak nk submit...ermmm...memang kena fikir2 kan...ekeke

Zana Adieyza said...

alamak, zana baru submit borang tu.. mcmne ni eh? lepas dah mohon ada kena sign apa2 ker??

Karya Kufi said...

saya pun xsure pasal ni..tapi mesti kena sign agreement dulu kan wutever pun...xkan main proceed jer..

mamasofea said...

walau apa pun utk mendapatkan pandangan dr sudut islamik..mohon rujuk kepada ulasan UZAR disini http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

wallahu'alam

CouLeur de Chiqu3 said...

hoh...seb baik blom submit..but a few mmber ader yg dh submit pastu ptptn siap kasik warning lg.kata x layak buat sistem ujrah tu..nak pulak dia tetip bulan bayr..pastu keen wrning..gila la system dorg nih....


klo kata ujrah..nape start dr 2008...nape x sume je...xadil ooo..

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin