Unique Frenz

Thursday, February 10, 2011

Masih ada yg nk mempertahankan sambutan Valentine day ni...KESIANNNNN


Dalam org dok sibuk2 pesan sana sini xyah sambut hari Valentine….tapi ada gak jenis yg xdek akai nk mempertahankan hari yg ntah pape tuh….dan yang paling sedih tu…siap cakap “it violate personal dignity and privacy, which is forbidden in the Quran and Hadith”

Orang cam ni layak ke nk bercakap mengenai hukum halal haram dalam Al-Quran & sunnah?????

Sudah patuhkah insan2 ini akan ajaran Islam???

Apakah terlalu agungnya hari tersebut sehingga menyalahkan orang yg cuba menghalang hari tersebut dari disambut umat Islam???

Apakah terjadi kemudharatan kpd mereka kalau hari tersebut tidak disambut???

Tidakkah mereka fikir…bhw ramainya maruah anak2 bangsa tergadai akibat menyambut hari valentine tersebut….

Huh…mama xnk komen banyak2…sebab makin banyak mama tulis…makin panas plak hati mama….

Kalau korang nk taw detail pasal kekecohan pengamal valentine ni…jom click sini http://amenoworld.blogspot.com/2011/02/sis-dah-mengamuk-bila-pas-larang-sambut.html

Dan yg paling mama hot bila membaca pengkomen2 disiti yg ntah hape…xtaw la apa yg dorang dapat sgt kalau mempertahankan sambutan tu….so cekidout…..

Pada Valentine mana wujud dalam sejarah kristian.
Ianya mitos untuk halang hari orang pagan disambut, mereka ganti dengan valentine dan meletak mitos.
Sama macam 25 disember, itu bukan hari lahir jesus christ.
Ianya untuk halang hari orang pagan disambut.

Dan orang islam?
Ingat mitos tu betul.
Rosak akidah kalau percaya kita haram sambut hari valentine.
Yang tak haram jangan haramkan.
Ramai ulama arab saudi setuju, rosak akidah jika haramkan yang tak haram.
Dalam kitab al-quran dan sunnah nabi tiada melarang.

Kenapa hari aids, hari buku, hari krismas, hari hijau, hari ahad, hari hanukah, hari graduate, hari hari, harimau tak diharamkan?
Kenapa hari kasih sayang diharamkan?
Kristian protestan akui tiada dalam sejarah sepanyol ada orang nama valentine, itu mitos kristian katolik.

jadi kita jangan rosak akidah dengan haramkan hari yang tak haram.
Lagi bagus haramkan hari krismas.
Rosak akidah tau tak?

kepada anon diatas. yang ditekankan disini adalah "maksiat".

hari valentine ni kebiasaanya disambut dengan perbuatan maksiat.

ada orang sambut hari valentine dengan mengajak org lain membaca Al-Quran? ada yg mengajak supaya menyayangi Allah & Nabi ketika hari valentine? takde kan?

maksiat disini bukan bermaksud berzina shj. pintu zina itu pon bermaksud maksiat. berpegangan tangan antara lelaki & wanita bukan muhrim pon maksiat.

jadi yg ditekankan disini adalah, perbuatan maksiat yg berleluasa, pada hari tersebut. itu adalah tanggungjawab semua umat Islam kepada saudara2 Islam yg lain. tegur-menegur adalah tugas kita.

Kau nak tak nak sambut tu kau punya pasal.
Apa aku nak cakap, jangan suka suka haramkan apa yang tak diharam nabi dan alquran.
Ramai ulama tengah bersihkan isu ni.
Syirik kalau percaya hari tersebut haram.
Rosak akidah.

anon 3:31

gile kencing n tak terpelajar lu nyer comment.Kat arab saudi nuh tahlil n maulud nabi pon diorg tak sambut.Ni plak valentine day.

Peh tu lu main langgar jer tetapkan hukum haram n halal.Lu hilang akal ke?

Apa aku nak tegaskan, hari puasa pun ada maksiat, betul tak?
Hari apa takda maksiat?
Yang nak ditegaskan setegas tegasnya, jangan suka suka haramkan hari yang tak haram.
Rosak akidah, syirik tau tak?
Ulama tengah bersihkan budaya syirik ni.

Ulama syiah ja yang mengamalkan maulidurasul.
Nabi tak pernah sambut maulidurasul.
Yang mengharamkan valentine pun mazhab syiah.
Mazhab lain tegas mengatakan hanya allah boleh mengharamkan hari bukan manusia.

lepas tuh gua nak bagitau(sebab lu nak sgt menonjolkan kebodohan lu.Konsep syirik pon tak paham..hape jadah!!

"Syirik" nih "perbuatan" menduakan tuhan la ngok."Hukum" nya baru jatuh "murtad".

Kalu kes mengharamkan benda yang halal ni di kira berdosa besar atau fasiq.

So jgn la suka2 menetap hukum yg ditetapkan allah.

rupanya masih ramai yang tak berpuashati pasal hari berkasih yang sungguh kasihan neh rupanya. agaknya dorang kempunan kot tahun lepas tak sempat nak tayang yang dorang 'tak pakai panties' kat boifren dorang. tu yg tahun neh melobi beria-ia tu.

al-maklum laa, ape tu, 1 malaysia? heh.

aku tak jumpa pon perkataan haram dalam tulisan amenoworld tentang valentine day. yg aku jumpa menghalang meraikan je. ko jumpe kot celah mana perkataan haram?

Hanya Allah yg dapat memberi petunjuk bagi mereka yg jahil itu....

4 comments:

suria lekatlekit said...

Jadi Jahil bila kita cuba membetulkan sesuatu yang salah.. Apapun insan2 tu dah tertutup hatinya untuk menerima kebaikkan. So, apa lagi nak di kata.

shahazrin said...

suruh diaorang yang jahil nie buka e fatwa..

http://www.shahazrin.com/2011/02/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan.html

Karya Kufi said...

setelah diselidiki..dorang ni penganut atheis...no wonder la kan...

Sarah-sireh said...

gila ke hape mereka ni?
nak sangat sambut valentines day tu kenapa? kalau nak hari sambut kasih sayang.. hari2 bule buat.. xkn valentines day je baru nak berkasih sayang ye dak?
hari2 len tu hari apa? hari gadoh? hari bermusuh?

pasal kes haramkan benda yang x haram ni.. setau sara, valentines day ni jadi haram sebab boleh menjurus kepada perkara-perkara maksiat.. pas2 nak cerita pasal mazhab plak.. kita ikut mazhab kita.. kita berpegang mazhab kita takkan nak ikut mazhab laen? laen mazhab memang laen law x caya tengok cara solat, berbeza2.. tp kita berpegang pada mazhab yang kita guna pakai ni..
haishh.. sara ni pon bukan la baek sgt or manusia sempurna.. tapi tolonglah manusia2 tersebut, bukak la mata, bukala hati..

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin