anyway tq abg coz membuat diriku begitu berharga dimatamu..
dulu..kini..dan selamanya...jom ikuti luahan dr cinta hati mama ni plak*
Inilah kisah cinta ku dengan isteri tersayang ku…semoga menjadi inspirasi bagi anak2 muda dalam menjaga adab dan agama dalam hubungan cinta mereka…
Kisahnya bermula sewaktu aku mula memasuki alam sekolah menengah…iaitu di sebuah sekolah agama arab di Negeri Cik Siti Wan Kembang…diwaktu alam remaja baru mula menjengah di dalam kehidupanku…
Cinta…sesuatu yang amat asing bagi aku…cinta ku sebelum ini hanyalah kepada kedua ibubapaku…dan kasih sayang hanya aku dapati dari keluarga tersayang…dari orang lain…amat asing bagiku…
Diawal persekolahan ku disitu…aku hanya memandang dan kadangkala terpikat dengan beberapa gadis sepersekolahan ku…ada yang senior dariku…juga ada dari kalangan seangkatan denganku…tapi cuma mampu melihat keindahan dan kecantikan ciptaan Allah dari kalangan gadis2 solehah…yang semuanya bertudung labuh…
Di dalam hatiku berkata…siapalah aku…dan apa tujuanku ke sini…paling penting buatku ialah aku mesti berjaya dalam pelajaranku…hadiah buat Allahyarhamah ibuku dan ayahku…
KISAH BERMULA
Ditingkatan 2…pelajar lelaki dan perempuan disatukan di dalam kelas yang sama…sesuatu yang baru bagiku…malu ada…suka pun ada…
Pelajar lelaki diletakkan di barisan hadapan…pelajar perempuan pula dibelakang…dan nak dijadikan cerita…geng perempuan yang duduk belakang aku tu adalah geng isteriku sekarang…semuanya bermulut becok…jadi senang la kalau nak bergaul mesra…hehehe…aku pun bukannya baik sangat pun…gadis2 yang selalu aku usha sebelum ni dah sekelas denganku…tu yang malu bercampur suka tu…
Rancangan untuk mula baik ngan bebudak perempuan ni ialah dengan meminjam barang2 diaorang…pen..pensil..perbaris…pemadam memang dah takde dalam kamus hidup aku dah time tu…semua barang yang nak…boleh pinjam kat belakang…hehehe…bermula dari situlah…hubungan ku dengan isteriku sekarang bertambah baik dan kamcing…
Dimasa inilah…rasa ingin disayangi dan menyayangi berputik…
Tapi pelajaran tak dilupa…bahkan bertambah2 rajin…bukan ape…malu la kalau dapat corot…so kami memang among the top student la…
SETAHUN BERLALU
Peperiksaan PMR makin hampir…semua student sibuk belajar…tapi aku sekarang ada new motivation to push me…. isteriku dan geng2 dia la motivasi aku…selain ayahku…
Selalu la jugak aku join study group diaorang…ada 2 sebab la…satu memang nak berlajar…dan yang kedua…paham2 la…time ni rasa cinta aku terhadap isteriku tu dah mula berputik…tapi batasan tetap ada…dan dijaga sebaiknya…nak declare2 ni tak berani…cuma aku bagi hint2 je la…n inform kengkawan dia yang aku ada minat dengan si dia…nampak macam dia buat donno je…tapi aku perasan akan sedikit perubahan…naluri Adam dan Hawa….
Exam makin hampir…sesuatu yang perit berlaku padaku…ayah tersayang pergi menyambut panggilan Ilahi…buat selamanya….aku jadi tak keruan…motivasi utama ku untuk belajar sudah pergi buat selama-lamanya…aku pasrah…
Si dia mengetahui…tapi apa yang dia boleh buat…cuma mampu menghiburkan hatiku yang sedikit kelam…tapi aku tahu dia mencuba…dan dialah bagiku motivasi baru buatku sekarang…
Suatu petang…aku nekad…aku nak declare….aku ceritakan apa yang terbuku dalam hatiku kepada seorang kawan…yang juga anak saudara kepada isteriku….dan petang tu…aku panggil si dia…dan aku DECLARE….dengan sebuah lagu…yang aku rasa cukup sempurna dalam menggambarkan rasa cinta ku padanya…”Ingatku Dalam Doamu- Stings” …lagu ni femes dalam tahun 90-an…
Ada sesuatu ingin kukatakan
Kuharap engkau dapat mengertikan
Selama ini dirimu kusayang
Walaupun kau tidak percaya
Tak guna aku memaksa dirimu
Untuk percaya segala kataku
Kiranya engkau fahami hatiku
Tentunya kau akan menyedari
Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu sayang
Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang
Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu... sayang
Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang
Andainya aku hilang di matamu
Ingatku dalam doamu
Dia terdiam…mungkin menghayati bait2 lagu tu…atau bosan dok dengar aku dok menyanyi…lantak la…yang penting aku declare….
Selepas tu..dia membawa dirinya tanpa jawapan tapi dengan senyuman yang penuh makna…aku puas…
Esoknya…bila berjumpa…aku nampak rona merah diwajahnya….hehehehe
KAMI BERCINTA
Sejak dari hari bersejarah deklarasi cinta ku tu…kami terus rapat…walaupun dia masih mengatakan kami tak bercinta…tapi aku tahu dalam hatinya berkata lain…dan aku masih ingat…antara ayat2 keramat semasa aku declare padanya dulu…
”ini bukannya cinta macam orang lain…kita masih haram antara satu sama lain…tapi niatku lebih jauh dari ini…aku mahu kita kelak diijabkabulkan secara sah…aku mahu dikau menjadi isteriku…aku tahu masanya lambat lagi…tapi harap dapat sama2 kita menjaganya hingga ke saat itu…”
Ini kerana…aku berpegang pada prinsip…cinta tanpa batasan sebelum berkahwin takkan kekal lama…dan dia juga memegang prinsip yang sama…
Bermula lah episode jeles…rindu…marah…suka…pening…n ntah ape2 lagi dalam hubungan kami…petang2 aku akan round moto kapcai ku dengan bertemankan kawan baikku…meronda kawasan rumah si dia…tengok bumbung rumah pun jadi la…boleh tido dah malam tu…adat bercinta…nak pergi rumah plak…takut…ye la…kami belum direstui…walau dalam diam…aku tahu yang ibunya merestui hubungan kami….selagi ada batasan agama…
Peristiwa pemergian pertamaku ke rumah si dia....dengan sorang kawan baikku...aku memberanikan diri pergi beraya...hehehe...sebelum pegi....lima nam kali telefon tanya line ok ke tak...sampai je ke rumah si dia...penuh satu family si dia ada....pergh!!! mati kutu aku...makan biskut raya pun rasa macam tiub basikal je rase...lepak dalam setengah jam...pas tu blah...rupa2nya...si dia pun gabra semacam je...takut2 kena sound ngan abang2 dia...tp ok je...
Kebanyakan guru di sekolah kami juga tahu hubungan kami….tapi mereka seperti merestui…selagi kami tidak melampaui batas…kami dijadikan contoh…
Selama lebih dua tahun…kami selalu berjumpa…sehinggalah result SPM keluar…
Aku ke UPM…dia ke UIAM…
Dan memang niatku untuk berada sedikit jauh darinya…untuk merasai nikmat rindu-merindui…dan memang sohih…aku rindu gile kat dia…
CINTA IPT
Aku di Serdang….dia di Gombak….
Dan kerana demi menjaga hati ibunya…kami amat jarang berjumpa…kalau nak jumpa pun aku mesti ke UIA…dan dia keluar dengan temannya…aku bersama rakanku…
Cuma ada la jugak time dia nak keluar KL tanpa teman…so aku la yang jadi peneman…tapi masa very limited…ye la…travel ngan bas kat KL…paham2 la…Cuma kalau lama skit pun kalau aku follow dia ke UIA…n tido bilik member kat sana…ada la extra time skit…
Telefon adalah medium perhubungan utama kami…tp bukannya tiap2 malam bergayut…ye la…masa tu kos talipon mahal…msg pun 2 posen satu…aku plak takde handset…so kena beratur la tunggu orang lain habis bergayut dekat public phone baru boleh call awek tersayang… tu pun lepas ketuk bilik ke bilik cari coin…takpun si dia call aku…melalui hset roommate aku….melilau la roommate aku cari aku plak….takpun dia jerit je dari tingkat 3…”lie…awek ko tepooooon…ko dok mana?!!!!!”
Dalam 5-6 tahun belajar di IPT…rasanya tak sampai 20 kali kitaorang date…cuma acara wajib kami untuk jumpa ialah time Pesta Konvokesyen…kalau kat UPM…dia dating tempat aku…kalau Convest UIA…aku plak pegi sana…n yang best masa tu…aku boleh tayang awek kat kengkawan la…tp ayat yang biasa aku gunakan…”ni bakal isteri aku ni…”
Takde romantik2…pegang2 jauh sekali…kalau berjalan…aku depan dia di belakang….kalau beriringan pun…jarak almost sekaki beb…
Alhamdulillah…kami mampu menjaga hubungan kami….
Dalam bercinta…adat la kalau mendung bertandang…kekadang hampir2 ribut…
Pernah aku terima surat untuk dia tetiba nak berundur…clash la tu…dia terasa rendah diri bila bersama ku….aku pun tak paham…bukan sekali plak tu…
Yang paling tragis...dia ajak aku keluar...n mmg pada masa tu dah ada bibit2 mendung berarak laju....n masa makan...dia kata dia macam tidak sesuai buat aku....dan rasa aku berhak mendapat isteri yang jauh lebih baik darinya....aku time tu hangin satu badan...adakah dia tidak mempercayai aku...betapa aku menjaga hubungan antara kami...tup..tup dia cakap cenggitu plak...frust wooo...bertubi2 soalan aku ajukan...why?why? hehehe...macam drama plak...
Hari tu plak...dia siap bawak kamera lagi...cadangnye nak amik gambar aku buat ke last time nye...sebagai tanda bahawa aku pernah bertakhta di hatinya...tp akhirnya tak jadi...awan kembali cerah...tu pun selepas aku explain sampai berbuih mulut....tp gambar kenangan 'hampir clash' tetap diambik...terpaksa la aku jadi model...posing sana...posing sini...ambik hati katakan...walaupun aku tak gemor amik gambar posing sensorang ni...macam badut lak rase...
Asam garam bercinta...meraban je lebih...nasib baik kekal....
N bagi diri aku plak…aku pun tak tahu ape pasal….tiap kali ada gadis lain cuba hampir dengan ku…naluri lelaki aku…biasa la….layan la….tp bila masuk bab soalan “abang dah ade awek ke?”….terus aku jawab seikhlas hati…”ada…dekat UIA…awek sejak sekolah lag”…senafas je aku jawab…terus kantoi…mungkin kerana niat aku ikhlas dalam bercinta…untuk jadikan si dia suri hatiku selama-lamanya kot…
Ada satu kes...ada sorang awek ni beria2 ajak aku keluar...hampir tiap malam dok call handset roomate aku...dia nak belanja aku KFC....pujuk punya pujuk...aku kata ok la...tp malam sebelum keluar tu...dia tertanya..."awak nak keluar ngan saya ni...takde orang marah ke?"....dengan lancar dan spontan aku menjawab..."ada...awek saya kat UIA...mesti dia marah"...terus tak jadi keluar...tp dia tetap belikan aku KFC...hehehe...tp aku ajak semua bebudak floor aku makan same...takoooooooot!!!! semua orang mesti makan skit...hehehe
Dugaan demi dugaan menimpa perkasihan jarak jauh kami...dan satu yang paling aku bengang...bengang tahap 11...ada sorang mamat yang cuba merampas kekasih hati aku masa di UIA...tp si dia tak cakap ngan aku...tp naluri kejantanan aku dapat detect something...siasat punya siasat...mmg sohih....tp aku cool down sebab si dia jugak la...tamau panjang2kan...kalau tak...mau je aku terajang mamat tu...tp aku tahu dalamnya cinta si dia pada aku yang sorang ni....tp mamat tu mmg asparagus betul la...ade ke nak rampas awek gua...apparaa...
Saat paling gembira aku plak...masa konvo aku...time tu aku ingat macam malas dah nak konvo...sebab bukannye ada orang yang penting dalam hidupku yang akan datang pun....tp bila si dia nak datang...n dia mmg beria2 nak tengok aku terima scroll keramat tu...aku pun berkonvo la....si dia mmg datang semata2 demi konvo aku....walaupun masa tu dia tengah exam....n masa ni sejarah baru bermula....aku dan dia buat kali ke'first time'nye...bergambar bersama...
SAAT BAHAGIA
Selepas hampir 10 tahun menyulam cinta….dengan penuh terjaga batasan dan tegahan….akhirnya kami diijabkabulkan pada malam 6 Ogos 2005….
Bersaksikan sanak saudara…teman2 baikku…tetangga yang hadir…bersama genggaman salam dari Imam…aku melafazkan
“aku terima nikahnya, Khasiah binti Hanapi…dengan mas kahwinnya seperti yang tersebut…”
(make sure lagu kat blog ini di off terlebih dulu yer kalo nk tgk video ni...hihi)
So..sesape yang nak join gak contest ni boleh lah klik link kat bawah ni (www.facebook.com/cstproduction)....
6 comments:
terharunya bc kisah khash n hubby.... moga berkekalan hingga ke syurga hendaknya cinta kalian....
.....suka sgt kisah ni.....
kisah kitorang aje yg biase2...
UmmiSofea and Hubby,
Suka baca citer korang. Cinta yang ikhlas dari hati.
syikin...sume kenangan antara pasangan adalah yg terindah tuk diingati..walaupun bukan tuk org lain...kan...
aznah..
tq...doakan kami kekal bahagia erk...n i'll pray 4 u too
wahh...*tak tau nak kata ape*
anyways good luck ye sis
salam kak,
just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)
anyway, all the best with the CST contest ;)
ok roe..tq..nanti kita terjah yer...hihi
Post a Comment