2 hari yang lepas mama telah menulis entry ni…sempena hari lahir anak mama…antaranya mama telah menulis tentang kebahagiaan mama menjadi ibu kepadanya…
Then disebabkan wuteve post yg mama publish otomatik akan di publishkan kat wall fb mama…makanya… ade la komen2 yg mama terima kat situ…
Tapi kan…pada hari mama publish tu…mama terima frenz request dari XXX…
biasanya mama check dulu siapa yg request…sebab mama bukan simply nk accept…
mama akan tgk profile dulu…info…sebab hanya yg mama kenal je mama accept…kalau xkenal watpe add kan…nyemak je kan…hehehe…
mama bukannya sombong ke apa…tapi kat fb tu tempat kita nk kongsi citer…minta pendapat..kalau org yg kita xkenal..watpe nk kongsi citer ngan dia
Tapi
xpe lah…nanti mama tgk la sape ni…kawan kot sebab namanya seindah taman… J
Ok…berbalik pada entry yg mama post tadi…tetiba mama terima komen dari XXX…
XXX: Rakyat bukan hendak
Keindahan kawasan dan tempat hanya permainan mata untuk menjadi pujian terhadap MP kononnya bukan lagi madu buat rakyat.
Apa yang dinyatakan oleh ‘Yaacob di Berita Suria Jam 8 malam’ bertarikh 13.3.11 bukan kemahuan penduduk, yang penduduk mahukan adalah kemudahan berbelanja untuk menyara kehidupan keluarga dari Keindahan tempat sedangkan kawasan dan keadaan telah menerima kesyukuran Teramat mulia.
Kenapa harus berbelanja yang membazirkan sedangkan rakyat dalam kemiskinan, kesukar, kepapahan dan tidak mampu untuk menjalankan kehidupan (Ekonomi, Hospital Bill, Perumahan dan banyak lagi) setiap kawasan yang ingin di indahkan menguntungkan kaum dan puak mereka dan penduduk wajib mengeluarkan wang bagi menjayakan rancangan MP dan Pay and pay? Yang tertindas ada lah kaum kita Singapura?
Kekayaan negara adalah satu penampilan luar dari kemampuan adalah omong-omongan sahaja?
Mama: betul...errr....tapiiii....cam xde kaitan je ngan post diatas...ke camana??
Hubby: kena kaji tu...mendalam tu maksud yang tersirap
Mama: owh okeh...akan diberi perhatian yg mendalam
AAA: wah brtuahnye ank che su dpt mama mcm che su..=)
Mama: Insya Allah...akan
XXX: bagi yg faham dan dari sudut mana kita pandang dan faham kebahagian adalah hak tidak kira mana kamu berada?
Mama: betul...tapi apa yg ingin saya sampaikan diatas adalah kebahagiaan yang dicari oleh seorang ibu dari anaknya...dan saya rasa tak ada kaitan dengan dasar pimpinan mana2 pihak...
(ye la
memang diakui bahawa apa yg ingin diperkatakan oleh CD adalah betul tapi untuk dibincangkan di post ini saya berpendapat tidaklah bersesuaian... :) peace no war
(tapi
XXX: Ibu itu juga adalah seorang pemimpin, bapa pemimpin rumah tangga dan Keluarga, ibu pemimpin terhadap kebahagian dan juga kesempurnaan untuk segala yang hadir untuk membahagiankan kehidupan, dapat kah kita bahagian jika negara kita penuh dgn masalah dimana kita tahu dimana ketua atau khalifah tidak amanah tetapi kita kata bukan urusan kita.
Fardu kifaya bukan untuk kaum keluarga kita sahaja tetapi kita juga wajib bertanggungjawab bersama jgn sampai kita bersubahat sama krn kita telalu selfish atau jual ikan maka kita terikat tanpa tali krn kita amat sombong atau mementingkan diri sendiri...???
Mama: ayat2 saya diatas adalah ekspressi seorang ibu terhadap anaknya...
tapi
seperti yg telah saya katakan diatas..CD tidak salah utk ekspressi rasa ketidaksedapan makanan itu...tapi bukanlah pada masa saya ekspresskan bahawa baju saya cantik...nampak xkena pada tempat (lari tajuk)
maybe juga saya tidak akan memakan makanan yg xsedap itu...tetapi penting dirikah saya kalau saya mengatakan baju saya cantik dan semata2 saya tidak mahu mengaitkan baju saya cantik dengan makanan yg tidak sedap itu...
ada banyak cara utk kita berdakwah..tapi sebaik2 dakwah adalah dengan berhikmah...betul tak????
Lepas tu terus mama check balik profile si XXX ni…sume kawan2 dia mama xkenal…and dia pun mama xkenal…gender pun xdisebut…memang suspicious sket sebab dia xde profile pic…guna nama samaran… then sume pic yg ada kat fb dia pun…sume nyer pic wali songgo (agaknya)…
So…mama decide utk unfrenz dia…bukan mama xnak kawan ngan dia…tapi sebelum berkawan biarlah telus dan tahu dgn siapa kita berkawan
-google image-
Sendiri makan pengat…sendiri maw ingat (ada kaitan tak???? Mwahahaha)
4 comments:
haha.. sy yang baca ni pun tergelak.. paling best bile momma komen balik ayat yang last sekali tu... hihi~
muahaha....doh...cakap direct xpaham...mana taw kalau cakap kiasan dia phm plop...hihihi
huhu~.. sori mama.. sy ade emailkn name sy n hubby kat email mama, tp maybe xsampai kot.
Xpe la..nie name sy n hubby ye.. sori byk2 nyusahkn mama..
Khairunnisa' & Mohd Faizal
Adeiii.. ada juga orang macam ni ye...
Post a Comment