Unique Frenz

Monday, March 14, 2011

Baju saya cantik...menerima komen: makanan itu tidak sedap.... pelik tak???

2 hari yang lepas mama telah menulis entry nisempena hari lahir anak mama…antaranya mama telah menulis tentang kebahagiaan mama menjadi ibu kepadanya…

Then disebabkan wuteve post yg mama publish otomatik akan di publishkan kat wall fb mama…makanya… ade la komen2 yg mama terima kat situ…

Tapi kan…pada hari mama publish tu…mama terima frenz request dari XXX…

biasanya mama check dulu siapa yg request…sebab mama bukan simply nk accept…

mama akan tgk profile dulu…info…sebab hanya yg mama kenal je mama accept…kalau xkenal watpe add kan…nyemak je kan…hehehe…


mama bukannya sombong ke apa…tapi kat fb tu tempat kita nk kongsi citer…minta pendapat..kalau org yg kita xkenal..watpe nk kongsi citer ngan dia kan…logic tak…

Tapi kan dalam kes xxx ni..mama xsempat review pom sape dia ni…accept je terus sebab abah sedang menunggu kat bawah opis…

xpe lah…nanti mama tgk la sape ni…kawan kot sebab namanya seindah taman… J

Ok…berbalik pada entry yg mama post tadi…tetiba mama terima komen dari XXX…


XXX: Rakyat bukan hendak kan kecantikan kawasan dan tempat, itu semua hanya pembaziran buat wang negara dan wang rakyat, yang kini rakyat inginkan adalah wang untuk menyara kehidupan seharian keluarga dan harga rumah dan segala kos kehidupan di turunkan dan Gaji di naikkan untuk Kebahagian hidup.

Keindahan kawasan dan tempat hanya permainan mata untuk menjadi pujian terhadap MP kononnya bukan lagi madu buat rakyat.

Apa yang dinyatakan oleh ‘Yaacob di Berita Suria Jam 8 malam’ bertarikh 13.3.11 bukan kemahuan penduduk, yang penduduk mahukan adalah kemudahan berbelanja untuk menyara kehidupan keluarga dari Keindahan tempat sedangkan kawasan dan keadaan telah menerima kesyukuran Teramat mulia.

Kenapa harus berbelanja yang membazirkan sedangkan rakyat dalam kemiskinan, kesukar, kepapahan dan tidak mampu untuk menjalankan kehidupan (Ekonomi, Hospital Bill, Perumahan dan banyak lagi) setiap kawasan yang ingin di indahkan menguntungkan kaum dan puak mereka dan penduduk wajib mengeluarkan wang bagi menjayakan rancangan MP dan Pay and pay? Yang tertindas ada lah kaum kita Singapura?

Kekayaan negara adalah satu penampilan luar dari kemampuan adalah omong-omongan sahaja?

(Apa ke hal nyer ni kan…tetiba je tulis gini…mama tersenyum dalam hati…hihihi…cam lawak pom ada…tapi xpe…mama reply balik)

Mama: betul...errr....tapiiii....cam xde kaitan je ngan post diatas...ke camana??

(hubby pom nk tergelak gak baca…)

Hubby: kena kaji tu...mendalam tu maksud yang tersirap bandung didalamnya...jgn komen je...kaji dulu...mesti ada kaitannya...sipi2 pun mesti ada punya lah hehehe

(pastu…saje je mama reply camni…juz kidding…)

Mama: owh okeh...akan diberi perhatian yg mendalam

AAA: wah brtuahnye ank che su dpt mama mcm che su..=)

Mama: Insya Allah...akan cuba jadi yang terbaik..


(Then…dia reply balik)

XXX: bagi yg faham dan dari sudut mana kita pandang dan faham kebahagian adalah hak tidak kira mana kamu berada?


(owh ok…bukannya mama nk kondem apa yg diperkatakan pom…betull..tapi mama rasa xberapa seswai kowt ngan entry kat atas…kea pa pendapat korang????)


Mama: betul...tapi apa yg ingin saya sampaikan diatas adalah kebahagiaan yang dicari oleh seorang ibu dari anaknya...dan saya rasa tak ada kaitan dengan dasar pimpinan mana2 pihak...

(ye la kan sebab mama dok citer pasal bahagia..pasal bebday anak mama…tetiba plak dia dok citer pasal pemimpin..hihihi)

memang diakui bahawa apa yg ingin diperkatakan oleh CD adalah betul tapi untuk dibincangkan di post ini saya berpendapat tidaklah bersesuaian... :) peace no war


(tapi kan…bila dia reply camni…mama naik hot la sket…sket je…xbanyak…ekeke…ye lar…xpasal2 dia kata mama ni jual ikan lar a.k.a selfish..sombong…mementingkan diri sendiri…apa hal???)

XXX: Ibu itu juga adalah seorang pemimpin, bapa pemimpin rumah tangga dan Keluarga, ibu pemimpin terhadap kebahagian dan juga kesempurnaan untuk segala yang hadir untuk membahagiankan kehidupan, dapat kah kita bahagian jika negara kita penuh dgn masalah dimana kita tahu dimana ketua atau khalifah tidak amanah tetapi kita kata bukan urusan kita.

Fardu kifaya bukan untuk kaum keluarga kita sahaja tetapi kita juga wajib bertanggungjawab bersama jgn sampai kita bersubahat sama krn kita telalu selfish atau jual ikan maka kita terikat tanpa tali krn kita amat sombong atau mementingkan diri sendiri...???


(terus mama reply balik)

Mama: ayat2 saya diatas adalah ekspressi seorang ibu terhadap anaknya...

tapi cuba CD lihat balik komen CD diatas dimana CD telah melahirkan ketidakpuasan sbg seorang rakyat terhadap pemimpin... (saya tidak kata itu salah..tapi bagi post diatas adalah tidak sesuai...samalah macam saya bercakap pasal baju saya cantik..tapi CD bercakap pasal makanan disitu xsedap..xberkaitan bukan)

seperti yg telah saya katakan diatas..CD tidak salah utk ekspressi rasa ketidaksedapan makanan itu...tapi bukanlah pada masa saya ekspresskan bahawa baju saya cantik...nampak xkena pada tempat (lari tajuk)

maybe juga saya tidak akan memakan makanan yg xsedap itu...tetapi penting dirikah saya kalau saya mengatakan baju saya cantik dan semata2 saya tidak mahu mengaitkan baju saya cantik dengan makanan yg tidak sedap itu...

ada banyak cara utk kita berdakwah..tapi sebaik2 dakwah adalah dengan berhikmah...betul tak????

Lepas tu terus mama check balik profile si XXX ni…sume kawan2 dia mama xkenal…and dia pun mama xkenal…gender pun xdisebut…memang suspicious sket sebab dia xde profile pic…guna nama samaran… then sume pic yg ada kat fb dia pun…sume nyer pic wali songgo (agaknya)…

So…mama decide utk unfrenz dia…bukan mama xnak kawan ngan dia…tapi sebelum berkawan biarlah telus dan tahu dgn siapa kita berkawan kan…bukan main terjah je sebab mama ni sudah pun bergelar isteri orang…

-google image-

Sendiri makan pengat…sendiri maw ingat (ada kaitan tak???? Mwahahaha)



Sudah baca..jomlah click sini dulu yer..TQ my UNIQUE frenz

4 comments:

Unknown said...

haha.. sy yang baca ni pun tergelak.. paling best bile momma komen balik ayat yang last sekali tu... hihi~

ummisofea... said...

muahaha....doh...cakap direct xpaham...mana taw kalau cakap kiasan dia phm plop...hihihi

Nisa Greennnpanda said...

huhu~.. sori mama.. sy ade emailkn name sy n hubby kat email mama, tp maybe xsampai kot.
Xpe la..nie name sy n hubby ye.. sori byk2 nyusahkn mama..

Khairunnisa' & Mohd Faizal

Nida n' Hanafi said...

Adeiii.. ada juga orang macam ni ye...

citer seangkatan dengannya

Blog Widget by LinkWithin